photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Vietnam Trip - Day 2 (Part 2)

Assalamualaikum, Selamat Petang!

Dek kesibukan yg melampaui batasan, terpaksalah saya post lambat sikit. Ini pun baru ada masa. Kalau tidak, memang langsung tak dapat nak menghadap laman sosial. Hiks~ Okey continue!

CHO BINH TAY (CHINATOWN)
Destinasi seterusnya adalah Cho Binh Tay atau kalau tk salah, dipanggil juga sebagai Chinatown. Kat sini, macam pasar wholesale. Kalau nak beli kain berpapan2, sinilah tempatnya. Actually masa kat sini, semuanya dah lemau sebab tak larat jalan. Penat okey! Mr David bagi masa satu jam saja. Itupun dh rasa lama giler! Bab lintas jalan adalah bab yg paling saya ngeri bila duduk sini. Kelakar pula rasa bila terpaksa berlawan dgn motor2 yg berjuta kat atas jalan tu semata2 nak pergi ke seberang.

ouh lihatlah dunia! mana pejalan kaki, mana penunggang motor pun saya tak boleh nak cam. ngeri you~~

Alhamdulillah, selamat tiba walaupun sangat sukar. Terima kasih pada Mr David yg tak jemu menahan motor supaya berhenti sehingga hampir dilanggar -_____- Belumpun sampai 15 minit masuk dalam pasar ni, masing2 dah merungut nak balik bas. Saya sendiri pun keletihan dan akhirnya ambil keputusan untuk ikut Mr David hantar kanak2 lain balik. Bos sendiri pun bagi masa hanya setengah jam sebab satu jam rasa lama sangat. Setibanya saya kat bas, mak aih!! Dh lebih separuh rupanya dh masuk. Ahahaha~

Kami pun rehat sambil tunggu bos dan yg lain2 habis berjalan. Tunggu punya tunggu... Bos tk smpi2. Pelik betul ni. Last2, sejam kemudian baru nampak muka! Ciskeks~ Siap dgn bungkusan kt tangan pula tu! Ahahaha siapa yg ckp tk nk shopping tadi??? Bos naik saja, habis kena boooOo~~ Keke~ Kesian bos :p Siapa suruh buat kami tunggu lama? Kekeke~ Saya nasihatkan siapa yg datang sini, sila doublekan perasaan berhati2 anda. Jangan leka dgn beg. Kalau boleh, pakai beg sandang depan tu. Jangan mengada nak bawa or tayang handbag nilai beratus2 tu okey~ Nanti diorang cop kita banyak duit dan silap2 kena stalk~ *serious mode*

sekadar masuk untuk ambil gambar, itu ja perkara wajib! :D

ada terasa mcm duduk kat padang besar, perlis. hehheeh~

inilah rupanya dari depan. gagahkan diri nak ambil gambar biarpun jalan sesak. sila double berhati2 kalau datang sini~

SHOPPING TIME!
Saya tak ingat nama jalan yang ada deretan butik2 jual telekung, kain2 baju ni tapi gambarnya ada di bawah. Secara keseluruhan, masyaAllah! Memang nak terkeluar biji mata tengok harga dan pelbagai pilihan warna serta corak kain! Sudahlah murah, cantik pula. Jadi, jangan salahkan sesiapa kalau seorang boleh angkut 2 biji beg plastik *err, terasa sendiri muahaha* Ada banyak pilihan kat sini TAPI saya sarankan korang pergi pasar Ben Thanh di mana, harganya lebih muuuuuuuuurah. 

Kualitinya ada yg sama, ada juga yg berlainan. Kena pandai pilih dan tawar. Kalau kat butik2 ni, nak tawar pun tak boleh banyak tapi still, murah :) Jangan risau pasal bahasa, sebab orang2 sini boleh cakap Melayu. Hehehe~ First time saya membeli dgn keadaan duduk bersila berjam2. Habis semua dibelek! Itu nak beli, ini nak beli. Agaknya kalau saya jadi peniaga, mcm manalah ya? Isk~ Lepas habis shopping dalam 2 jam, kami pun pulang ke hotel untuk bersiap2 sebelum menuju ke Saigon Sri Penang Halal Restaurant untuk dinner :)

yg byk saya borong, kat kedai warna hijau tu... tingkat atasnya ada restoran halal ;)

hah! ni baru tingkat atasnya. tingkat bawah pun banyak giler...

nampak tak saya dgn semangatnya mengira duit? maklumlah, jutawan. hehehe~

SAIGON SRI PENANG HALAL RESTAURANT
Dinner macam biasa, sedap walaupun kali ni mcm tak selera sangat makan sebab diorang hidangkan masakan Vietnam yg rice paper tu. Rupanya macam popia, di isi dengan sayuran, cebisan ikan goreng, mushroom goreng dan dicecah dgn sos. Diorang ajar macam mana nak buat. Berjaya memanglah berjaya tapi... Tk elok bebenor hasilnya yg saya buat sendiri. Haha! Janji dapat makan :D Ada step by step yg saya tunjukkan dalam instagram saya. Boleh tengok kat sana, okie? 

VIETNAM CRUISE + SURPRISE BIRTHDAY BOS
Last minute kami ambil cruise ni sebab mula2 macam tak nak tapi lepas tu fikir semua, apa salahnya kan? So lepas dinner, kami di bawa ke sini. Saya memang tak ingat langsung namanya dan kitorang fikir kapal kecil ja sekali... Ambik! Dah serupa titanic tengok. BESAR sangat! Ada 3 tingkat dan kami duduk kat atas sekali. Almost sejam jugalah belayar dan sempat dihidangkan dgn kopi *erk kopi lagi* serta buah tembikai. Kebanyakannya foreigner dan yg pasti, suasana memang havoc. Tambah havoc lagi bila kami dah plan untuk buat surprise birthday kat bos yg juga wife kepada bos besar hihi.

Siapa yg tak terharu kalau satu kapal nyanyi lagu birthday? Giler best! *Yg tak best, seorang pun tak teringat nak ambil video! isk...* Puan bos nampak begitu surprise dan saya pula yang terlebih emosional sebab akhirnya berjaya juga buat surprise tu. Heee~ Cuma berlaku kesilapan sebab kami tak bagitahu bos besar pasal hal ni dan Mr David tu pula pergi inform kat bos besar. Kantoi~ Hehehe Nasib baik bos sporting Heee~ Kalau tak silap Mr David kata, nanti ada Fire Dance Show. Saya ni berialah ingat show bunga api kat luar kapal. Sekali memang FIRE DANCE betul oleh gadis seksa. Phew! Faham2lah ye.. :p

entrance untuk ke kapal cruise~

huiyoo 3 tingkat tau! :D

sebelah meja kami pun orang Malaysia... hehehe

surprise!! happy birthday bos! :)

inilah fire dance! wooot~~ ni saja gmbr yg tidak keterlaluan lols :p

penyambut tetamu. eihh sweetnya budak ni :D

scenery dari atas kapal ;) kapten kat bawah tu ha~~

PASAR MALAM BEN THANH
Turun saja dari bas, kami terus bergerak ke pasar malam Ben Thanh yg terletak tk sampai 200 langkah pun dari hotel. Hehehe~ Rambang mata lagi! Geram betul pergi Vietnam ni. Kenapalah barang2 kraf diorang murah sangat... Baju kurung yg ada batu2 tu baru RM55 kat sana. T-shirt semua pun baru RM15. Kalau korang cadang nak bawa balik sourvenir, saya rasa beli kat sini. Pastikan kalau nak tawar, tawar dgn 50% dulu. Maksudnya kalau harga barang tu 240 ribu dong, korang minta 120 ribu dong. Walaupun diorang bising ke apa, silalah hati kering sampailah korang dapat apa yang korang nak.

mcm pasar malam biasa, diorang ni juga adalah peniaga pasar siang Ben Thanh. bila malam, diorang buka kat sini pula...

Tapi saya nasihatkan, kalau betul2 minat baru tanya. Kalau sekadar saja busy body nak tanya, cari nahaslah tu karang... Kalau dia nampak kita macam tak nak beli, diorang akan tarik2 tangan kita dan siap bagi kalkulator lagi tanya kita nak berapa. Huh... Sesiapa yg terrer bargain, memang sinilah tempat korang. Saya ni mujurlah selalu ikut roomate saya yg memang superb dalam tawar menawar ni. Senang sikit nak beli barang. Sangat byk org yg boleh cakap Melayu, so tak yah risau kalau nak minta kurang banyak2. Hehe~


Kaki saya dah nak mula cramp bila menjelang tgh malam. Bila tgk jam, alah baru 12.30, padahal sebenarnya dah 1.30 waktu Malaysia! Kalau time ni kat Malaysia, dah selamat zzz... Hmm, lama juga rupanya kami berjalan. Hehe~ Balik saja hotel, saya dan roomate ambil keputusan untuk terus packing  *seriously semangat! hihi* walaupun ada semalam saja lagi. Letak telekung dan kain saja dah penuh satu beg tarik. Aiyoo... Saya memang bawa beg sandang belakang lebih sebab dah tahu akan jadi mcm tu. Ngeee~ Nasihat saya, bawa beg lebih tapi kalau tk cukup juga, banyak dijual kat Ben Thanh ni. Macam tahu2 saja kan? :D

to be continue... Day 3 ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Vietnam Trip - Day 2 (Part 1)

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Kali ni saya nak sambung entri untuk trip hari ke 2 di Vietnam. Moga2 apa yg saya selitkan dan share kat sini berguna untuk korang semua sekiranya nak travel ke negara tersebut. Okey, disebabkan malam tu tido sangat awal, maka berjaya jugalah bangun jam 5.00 pagi utk solat Subuh. Kalau ikut waktu Malaysia, masa ni dah pukul 6.00 pagi. *sama je feelnya, cuma feel tengok jam tu lain sikit hahaha* Nasib baik handphone automatik tukar waktu, kalau tidak sure bangun jam 6.30, tengok kat luar dh mcm tgh hari :p

pepagi lagi geng gorgeous dh busy bergambar. of courselah acara wajib setiap pagi! muehehe hanya ada 4 org bujang saja dlm ni ya utk makluman am... :p

SAIGON SRI PENANG HALAL RESTAURANT
Sekali lagi, kami menjamu selera kat restoran ni. Masuk2 saja, dah berkumandang lagu Anuar Zain. Lepas tu ada juga lagu Forteen! Aiseh, memang feel Malaysia pagi ni! Kekekee~ Menu yg dijamu adalah Nasi Goreng Ayam BerempahMarvelous sangat! Selalunya saya memang jaaaaarang sgt minum kafein, adalah 3 bulan sekali kalau dh sibuk teringin sgt. Entah apa pasal kat Vietnam ni kerjanya nak telan air kopi. Akhirnya segelas Ice Coffee Milk di order jua. Ngeh~ Bukan Nescafe, tapi kopi hitam betul tu. Memang terbuka habis mata. Sila order okey kalau pergi sini :D


stress tgk diorang boleh bawa tebu guna motor. bawa sayur pula overloaded smpi ke depan kenderaan. tk kena tahan ke ek?


CU CHI TUNNELS
Saya rasa pilihan minum kopi pd hari ini sgtlah tepat sebab tmpt bersejarah yg kami pergi hari ini sangatlah... jauh perjalanannya! Dalam sejam setengah menaiki bas, akhirnya kami smpi juga di Cu Chi Tunnels yg masih terletak dalam daerah Saigon. On the way ke sini, saya habiskan masa dgn melihat keindahan bandar Ho Chi Minh tapi apa yg boleh saya cakap, pemandangan motorsikalnya lebih menusuk ke kalbu. Banyak sgt. Hehe~ Kalau nak baca sejarah tempat ni, boleh guna Mr Google yg baik hati itu ya! Saya takut nanti bila saya cerita, kalah hikayat 1001 malam! In shaa Allah, saya akan buat entri satu lagi khas untuk tmpt sejarah ni sebab overall, memang interesting!

kelihatan seperti menyeramkan, kan?

khusyuk mendengar penerangan. yg bertopi tulah Mr David, tourist kami :D

rasa macam jungle tracking masa camping~

Truthfully, saya kagum sgt dgn smgt org2 Vietnam ketika menghadapi perang dgn Amerika. Cara diorang menyembunyikan diri drpd askar2 mereka sgt unik dan saya sendiri insaf bila memikirkannya. Secara ringkas, Cu Chi Tunnels adalah sebuah tmpt yg menunjukkan bagaimana masyarakat mereka survive ketika perang. Dalam tanah, mereka bina terowong2 kecil dan ada bahagian2 bilik untuk didiami. Cuba fikir, macam mana diorang boleh bernafas? Dan mcm mana diorang masak? Tu semua saya akan ceritakan dalam entri akan datang.


antara booby trap yg ada. cuba bygkan terpijak & tergolek masuk... erk!!!

Selain byk ditunjukkan booby traps (perangkap untuk askar2 Amerika) *ngeriiiiiiiiii* ada juga tmpt khas utk merasai sendiri tembakan *eh bukan!* merasai sendiri bagaimana menggunakan senapang untuk menembak. Kelongsong peluru akan diberikan sbg cenderahati tapi sila jgn gatal nak bawa balik Malaysia. Tak pasal2 kena tahan dekat kastam walaupun pelurunya dh takde. Hehehe~ Kami melalui jalan2 yg sgt bersih dr satu tmpt ke satu tmpt yg lain semasa meneroka tmpt bersejarah ni. Mungkin sebab tanahnya tanah liat, jadi menyenangkan perjalanan. Cuaca redup dan sesekali berangin.

pintu masuk ke dlm terowong. nk cuba boleh, kalau tk boleh keluar, duduklah dkt situ. hehehe~

Pengunjung boleh merasai juga bagaimana kehidupan diorang dalam terowong tu. Siapa yg berminat, boleh masuk dalam lubang dan keluar ke lubang lain. Namun, yg kurus saja okey boleh masuk! Sebab tmptnya mmg sempit dan haruslah berjalan seperti jalan itik di bawah tanah. Disebabkan saya mmg penakut bab2 ni dan mujur juga kondisi struktur badan tidak mengizinkan *muahhahaa~* maka saya duduk dgn mommy2 orang & seangkatan dgn saya di atas tanah saja. Bila keluar saja bos & officemate2 lain drpd bwh tanah, diorang terus termengah2. Kata mereka, memang adventure! Jgn tak tahu, smpi balik KL pun masih ada yg terasa lenguh dan sakit akibat masuk ke dlm terowong tu. Buat mereka yg ada asma, mudah sakit, senang 'rasa' benda2 pelik, kanak2, baby, org pregnant, jangan mengada nak masuk :D

gmbr pinjaman Google sbb tkde sapa pun ambil gmbr dlm terowong tu. ha, ginilah rupanya kalau korang masuk ke dalam...

ni pun pinjaman Google. sukarnya mereka hidup masa ni, kan? tp mereka survive dgn idea2 yg tak terjangkau dek akal fikiran. hebatnya kuasa Tuhan.

Dekat 2 jam jugalah kami berjalan. Entah berapa kilometer agaknya. Naik saja bas, semua nak terlelap tapi sempat pula tu Mr David cerita pasal kacang gajus, biji teratai dan kopi. Rupanya travel agency ada jual kalau nak. Akhirnya saya order 1 balang biji teratai utk dibawa pulang selepas rasa sendiri kesedapannya. Gajus tu dh berlambak kt sini kalau nak, cuma rasanya mmg berbeza dan besar sikit gajus2nya. Masa balik mmg tk fikir apa dh, nk tgk pemandangan pun terus menguap. Yg saya pelik, kanak2 semua berjaga dan riuh diorang main kat seat paling belakang. Padahal masa kat tunnels, semua dah monyok. *sbb tkde tmpt nk main* hehehe~

KAMPUNG MELAYU HALAL RESTAURANT
Utk lunch, kami ke Kampung Melayu Halal Restaurant. Tak tahu pula terletak kat mana sebab sedar je dh sampai depan restoran. Muehehe~ Menu of courselah sedap! Sila tgk instagram saya, okey? Lepas kenyang, kami terus bergerak ke destinasi seterusnya.

destinasi lunch. dh lama tu baru tahu, tmpt ni sekangkang kera dgn hotel! hahaha~

MASJID AL-RAHIM
Bas berhenti untuk solat di Masjid Al-Rahim. Saya tak perasan langsung ada masjid kat sini sebab rupanya mcm bangunan tinggi di celah2 bangunan lain. Lepas solat, sempat juga saya ambil gambar sekeliling. Masa datang tu, saya terjumpa dgn penjaga masjid tersebut, seorang warganegara Vietnam yg beragama Islam. Senyum saja dia apabila melihat kami riuh rendah di hadapan masjid. *agaknya dah biasa melihat ramai pengunjung Malaysia yg suka sgt bergambar hehe*

Allahuakbar!

sangat selesa dan menarik ;)

Sampai sini dulu saya cerita untuk hari ke 2. Banyak betul rupanya yg nak dikongsi. Hehe~ Harap2 sudilah baca ya. Niat saya hanya untuk bercerita, moga2 yg berminat ke sana boleh jadikan panduan setelah baca entri ini. Terima kasih banyak, nanti saya sambung semula ya? Part 2 nanti lebih banyak cerita shopping, naik cruise di Vietnam dan juga pasar malam Ben Thanh! :D Tunggu~~~

to be continue... Day 2 Part 2... ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS