2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Umrah : Persediaan Kelengkapan

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Sebulan juga rupanya blog saya bersawang. Hehehe. Tuntutan kerja telah membantutkan saya menjenguk ke sini tapi alhamdulillah, ada juga masa hari ini. Selamat berpuasa kepada semua umat Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini menerbitkan kesyukuran dan keinsafan yang tidak ternilai untuk kita sebagai bekalan amalan menuju ke alam akhir di sana. In shaa Allah. Saya akan sambung sedikit perjalanan umrah yang saya tak sempat nak cerita tempoh hari :)

PERSEDIAAN BARANG-BARANG UMRAH & ZIARAH

Setelah mengalami pengalaman sendiri, jujur kalau saya katakan hanya perlu bawa sikit saja baju sebab banyak masa kita akan peruntukkan di masjid dan melakukan ziarah. Namun, ianya bergantung juga kepada kalian punya diri. Kalau memang tak boleh pakai baju lama-lama, baiklah bawa lebih. Usah risau kalau tak cukup, sebab banyak perkhidmatan dobi dan juga jubah-jubah bergayut di pintu kedai. *agak-agak tak sempat basuh, pergilah rembat jubah-jubah yang dijual murah kat situ :p* 

Kalau dobi, biasanya diorang akan charge dalam 5 Riyal per jubah. Pengalaman saya sendiri, saya hantar dobi sekali di Mekah dan sekali di Madinah. Okeylah berkorban sikit duit daripada berkorban masa nak basuh baju dan nak gantung lagi. Saya share kat sini barang-barang yang saya bawa ke sana. Tak semestinya kalian bawa semua tau. Bergantung kepada keperluan masing2. Moga boleh dijadikan panduan dan ilmu yang berguna untuk kalian :)

PAKAIAN SOLAT
1. Telekung - 2 Helai
2. Anak tudung - 2 Helai
3. Stokin tangan - 1 Pasang
4. Stokin kaki (atau kasut khuf sbg ganti stokin untuk kegunaan dlm masjid) - 2 Pasang
5. Sejadah kecil 

PAKAIAN BIASA
1. Jubah - 5 Helai
2. Tudung - 2 Helai (sejujurnya pada saya, tinggalkan selendang. Lebih mudah kalau bawa tudung yang serkup terus. Jimat masa)
3. Baju kelawar - 1 Helai (untuk relax2 dlm hotel hehe)
4. Baju & seluar tidur - 1 Pasang
5. Stokin tidur - 1 Pasang
6. Pakaian dalam - Jangan lupa pula!
7. Selipar biasa (untuk ke masjid) - 1 Pasang
8. Kasut yang selesa (untuk berjalan/ziarah) - 1 Pasang
9. Tuala - 1 Helai (banyak hotel sana ada penyediakan tuala) 
10. Tuala kecil - 1 Helai (untuk bawa dalam beg pergi masjid)
11. Baju sejuk / sweater - 1 Helai (Masjid Nabawi sejuk + bilik hotel lagi sejuk)

KEPERLUAN MANDI
1. Berus gigi + ubat gigi
2. Sabun mandi + syampoo + pencuci muka dan lain2
* Biasanya ada jual juga pembersih khas ketika dalam ihram, boleh juga bawa yang ini jika khuatir terlanggar pantang semasa dalam ihram.

KEPERLUAN DIRI
1. Segala bedak + keperluan diri yang basic. Alat solek tu, tinggalkanlah ya :)
2. Telefon + kamera + charger. Laptop tu pun kalau boleh, tolak tepi :)

KEPERLUAN KESIHATAN
1. Ubat demam + selsema + batuk + sakit kepala dan lain2
2. Minyak gamat + bam + plaster + minyak angin
3. Supplemen tambahan (bergantung kpd masing-masing)
* Ubat agak mahal di farmasi sana, oleh itu digalakkan bawa dari sini sebab kita tak tahu apa akan jadi kat sana.

LAIN-LAIN
1. Biskut2 + cokelat2 + gula2 kecil. Tak usah bawa maggi, kat sana banyak makanan Arab yang best boleh try :D Maggi kat Madinah sedap! Walaupun namanya IndoMee. Hehehe
2. Uncang kasut (simpan kasut dalam ni dan bawa masuk masjid)
3. Buku doa + buku panduan + buku cerita (novel silalah tolak sejauhnya hehe)
4. Alat tulis (2 batang pen cukuplah letak dalam beg. Senang nak isi borang dalam flight)
5. Wang secukupnya. Kalau boleh, asingkan 3 bahagian masa packing bag tapi jangan lupa letak mana pula ya! Tujuannya untuk berjaga2. Bawa sikit saja dalam poket.
6. Gunting (untuk tahallul) Tak bawa pun takpe. Kat sana, ramai orang boleh tolong guntingkan :)
7. Botol air kecil (untuk isi air Zamzam kat masjid sebagai bekalan air)
8. Spray wuduk (persediaan untuk memudahkan ambil wuduk di mana2. Tak bawa pun takpe rasanya, sebab saya sendiri tak guna spray ni masa pergi hari tu)
9. Kaca mata hitam (ini perlu jika kalian tak tahan panas dan silau)
10. Beg tarik besar
11. Beg bimbit tangan
12. Beg kecil untuk ke masjid / ziarah

Rasanya dah cukup list yang saya buat ni. Kalau ada yang nak komen, tinggalkanlah komen di sini ya supaya kita boleh share sama2 :) Oh ya. Kebanyakan barang-barang ni saya beli online di Facebook Kelengkapan Haji dan Umrah. Klik kat situ ya? Atau boleh lawati blognya di SINI.

In shaa Allah, lepas ni saya akan kongsi entri persediaan fizikal, mental dan persediaan akhir sebelum berangkat menuju ke tanah suci Mekah serta Madinah. Cukuplah kita bersederhana dalam melakukan persediaan kerana telitilah dulu niat di hati kita pergi ke sana untuk apa. Banyak ujian yang akan berlaku di sana sama ada besar atau kecil dan sama ada kita sedar ataupun tidak. Kunci untuk menyedarinya adalah, sentiasa banyakkan zikrullah. In shaa Allah.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

HF said...

Assalamualaikum.
terima kasih kerana mentioned page Kelengkapan Haji & Umrah dekat blog puan/cikpuan.
Terima kasih juga kerana membeli dengan kami.

Alhamdulillah bagus blog ini penuh dengan panduan untuk bakal-bakal jemaah. kalau dah ada pengalaman sendiri dengan sendiri kita boleh bagi panduan pada orang.

Terima kasih. semoga kita berurusan lagi :))

Unknown said...

Wa'alaikumsalam...
Terima kasih juga buat cik sebab memudahkan jemaah umrah/haji mencari barang-barang keperluan. :) Moga dipermudahkan rezeki selalu, inshaAllah... Amin.. :)

TAWARAN UMRAH said...

As Salam....saya ada senarai penuh barang-barang keperluan umrah di link ni

http://tanahsuci.webzone.my/kelengkapan-umrah.html

che dai said...

Panduan sgt berguna. Insya-Allah ke sana hujung tahun ni. Semoga dipermudahkan.

Farina said...

Terima kasih...dah mudah untuk saya buat persiapan!

ruqayya said...

Masya Allah. Tq for the tips sis. May Allah rewards wou with good deeds, Insya Allah.

Anway, kalau ada sesiapa yang mencari tudung Umrah, saya sarankan gunakan WERDA Tudung SOLAT-READY yang sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

Dayah Aziz said...

Nice artikel admin! semoga jemaah yg akan mengerjakan ibadah umrah membuat persiapan yg terbaik buat diri agar bersedia dari segi fizikal dan mental untuk persiapkan diri beribdah semata-mata kerana Allah s.w.t

Unknown said...

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang singgah di sini. Semoga sedikit info ini akan membantu kita semua. In shaa Allah semoga dipermudahkan segala urusan.. :)