2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Di Sebalik Tabir - Sayang 3 Dalam 1 Bhgn 1

Kali ni aku nak bercerita tentang novel terbaru, Sayang 3 Dalam 1 yang telahpun berada pasaran bulan ini. Kalau dulu, aku menggunakan latar belakang dunia hiburan sebagai fokus utama cerita, kali ini hanya berkisar kepada kisah orang biasa yang hidup secara sederhana. Mereka seperti kita semua, ada cerita suka dan duka. Ada juga kisah percintaan dan perpisahan. Kisah yang nak aku ceritakan ni, ada hubungkait bagaimana cetusan idea daripada cerita aku itu menjadi sebahagian daripada kisah dalam novel S3D1 ini. ^___^

Aryana, Arel & Abang

Aryana Shafnie & Arel Afzal merupakan dua tunggak utama penceritaan ini. Kedua-dua buah nama mereka aku ambil masa dalam dua hari juga. Akhirnya nama mereka direka setelah berhempas pulas aku mencari nama-nama yang baik. *rasa macam nak cari nama untuk anak pun ada, hehe!* Mulanya hero tersebut bukan nama Arel, tapi bila aku dah mula start menaip, feel tu tak sampai. Pelik? Memang pelik. Ayat tergantung macam tu saja, akhirnya aku terpaksa ubah semula nama dan akhirnya jadilah Arel Afzal. *yeay!*


Sebenarnya, idea cerita ni tercetus bila aku mula terfikir tentang bagaimana kehidupan kalau ada abang dan kakak. Maklumlah, aku anak sulung, dah tentu aku banyak fikir apa rasa adik-adik aku ada kakak macam ni. Heee~ Jadi, nak lah juga aku merasa ada abang dan kakak! At last, aku dapat idea untuk rasa perasaan tu melalui Aryana yang mempunyai 3 orang abang. Mereka bertiga mempunyai perangai berbeza dan sudah tentu ianya memberikan sedikit sebanyak cabaran tersendiri ketika menulis.

Sekejap aku kena jadi seorang lelaki yang baik (abang sulungnya), sekejap lagi aku kena jadi soft ala-ala lelaki melayu terakhir (abang tengah) dan tak sampai beberapa minit nanti, aku dah kena jadi watak abang yang tegas (abang bongsu). Jenuh jugalah nak mencari kesesuaian watak yang suitable untuk mereka adik beradik. Sekarang, barulah aku tahu best ke tak best ada abang sebenarnya. Ngeee~ Hajat dah tercapai! Memang best! *tengok perangai jugalah sebenarnya :p*

Kisah Lif

Insiden pertama kedua-duanya berlaku di dalam lif yang rosak. Err, bukan cerita aku semestinya! Hehe~ Lif adalah benda bukan hidup yang paling aku tak suka sebab aku dah pernah stuck dalam mesin tu! *taksukataksukataksuka* Masa tu kami dalam 15 belas orang dan kisah ni adalah kisah benar yang terjadi di Kompleks Yik Foong di Ipoh. Aku masih study ketika itu dan kami beramai-ramai ke kompleks tersebut bagi mencari barang untuk assignment. Masuk saja lif, tertutup macam biasa tapi tak bergerak. Agak lama jugalah sampai aku dah mula naik fobia sebab kami berhimpit. Tekan loceng tapi tak jadi apa-apa.

Salah seorang member dah terduduk dalam lif. Lagi gabra aku jadinya sebab member boleh cakap "Sedut oksigen sikit-sikit ya, nanti kurang, tak bernafas kita." *geramgeram* Aku terus terkedu dan hanya mampu berdoa. Alhamdulillah, dalam lima minit lepas tu, lif terbuka! Sejak itu, aku langsung tak mahu naik lif kecuali jika TERPAKSA dan DIPAKSA. Biasanya lif yang aku boleh naik adalah lif yang nampak luar. Sebab apa? Sebab kalau terperangkap, aku boleh buat aksi mintak bantuan kat gelas kaca tu supaya orang luar boleh nampak. Hehehehe~~~~


to be continue...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: