Assalamualaikum, Selamat Malam!
Alhamdulillah, novel remaja saya yang bertajuk 'Jiranku Mr Cendawan!' bakal diterbitkan tidak lama lagi. Tersenyum saya lihat covernya yang begitu ceria. Terima kasih yang teramat buat editor saya, Norfilzah, pereka grafik, Tengku Safrina, pelukis ilustrasi, Tan Teck Hwa dan warga Unit Teen@Prima, Grup Buku Karangkraf. I'm so happy, really. :)
klik untuk lihat dengan lebih jelas
Jom baca apa kisahnya!
Dhany dah pulang?
Yeay! Tak sabar rasanya Fazura menunggu kepulangan Jiran a.k.a teman baiknya yang berhijrah ke luar negara. Namun, persahabatan yang ingin dijalin kembali menjadi porak peranda kerana Fazura terkejut melihat perubahan Dhany.
Betulkah itu dia? Tapi kenapa?
Fazura keliru. Puas Dhany berusaha mahu berkawan semula tetapi Fazura menolak!
Adakah Dhany merasakan sejenis kulat bernama cendawan boleh membuatkan mereka berkawan semula? Dapatkah Fazura menerima kehadiran Dhany sebagai kawan baiknya kembali sama seperti dahulu?
Ya, ceritanya memang ada kena mengena dengan cendawan. Selain daripada cerita mengenai persahabatan mereka, saya selitkan juga informasi tentang cendawan dan pelbagai kisah lucu tentang kulat ini. Hee~ Kenapa saya cerita pasal cendawan? Sebab saya sendiri sebenarnya suka sangat dengan spesis ni! Ahahaha~ Dari sinilah timbul idea untuk saya garap bagi menghasilkan novel remaja yang padat dengan kisah persahabatan, lucu dan memberi pengajaran. :)
Entry Quote
'Bermula dengan niat, segalanya akan pasti.'
~ Weeda Airiza ~
2 comments:
wow bestnye tak sabarnya.. smlm saya jumpa editor.. katanya novel saya tunggu greb light je utk print.. macam tak sempat je publish utk pesta buku disember nie
alhamdulillah. insyaAllah, mesti tak lama lagi tu print. nanti bgtahu ya bila dh publish :)
Post a Comment