2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Vietnam Trip - Day 2 (Part 1)

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Kali ni saya nak sambung entri untuk trip hari ke 2 di Vietnam. Moga2 apa yg saya selitkan dan share kat sini berguna untuk korang semua sekiranya nak travel ke negara tersebut. Okey, disebabkan malam tu tido sangat awal, maka berjaya jugalah bangun jam 5.00 pagi utk solat Subuh. Kalau ikut waktu Malaysia, masa ni dah pukul 6.00 pagi. *sama je feelnya, cuma feel tengok jam tu lain sikit hahaha* Nasib baik handphone automatik tukar waktu, kalau tidak sure bangun jam 6.30, tengok kat luar dh mcm tgh hari :p

pepagi lagi geng gorgeous dh busy bergambar. of courselah acara wajib setiap pagi! muehehe hanya ada 4 org bujang saja dlm ni ya utk makluman am... :p

SAIGON SRI PENANG HALAL RESTAURANT
Sekali lagi, kami menjamu selera kat restoran ni. Masuk2 saja, dah berkumandang lagu Anuar Zain. Lepas tu ada juga lagu Forteen! Aiseh, memang feel Malaysia pagi ni! Kekekee~ Menu yg dijamu adalah Nasi Goreng Ayam BerempahMarvelous sangat! Selalunya saya memang jaaaaarang sgt minum kafein, adalah 3 bulan sekali kalau dh sibuk teringin sgt. Entah apa pasal kat Vietnam ni kerjanya nak telan air kopi. Akhirnya segelas Ice Coffee Milk di order jua. Ngeh~ Bukan Nescafe, tapi kopi hitam betul tu. Memang terbuka habis mata. Sila order okey kalau pergi sini :D


stress tgk diorang boleh bawa tebu guna motor. bawa sayur pula overloaded smpi ke depan kenderaan. tk kena tahan ke ek?


CU CHI TUNNELS
Saya rasa pilihan minum kopi pd hari ini sgtlah tepat sebab tmpt bersejarah yg kami pergi hari ini sangatlah... jauh perjalanannya! Dalam sejam setengah menaiki bas, akhirnya kami smpi juga di Cu Chi Tunnels yg masih terletak dalam daerah Saigon. On the way ke sini, saya habiskan masa dgn melihat keindahan bandar Ho Chi Minh tapi apa yg boleh saya cakap, pemandangan motorsikalnya lebih menusuk ke kalbu. Banyak sgt. Hehe~ Kalau nak baca sejarah tempat ni, boleh guna Mr Google yg baik hati itu ya! Saya takut nanti bila saya cerita, kalah hikayat 1001 malam! In shaa Allah, saya akan buat entri satu lagi khas untuk tmpt sejarah ni sebab overall, memang interesting!

kelihatan seperti menyeramkan, kan?

khusyuk mendengar penerangan. yg bertopi tulah Mr David, tourist kami :D

rasa macam jungle tracking masa camping~

Truthfully, saya kagum sgt dgn smgt org2 Vietnam ketika menghadapi perang dgn Amerika. Cara diorang menyembunyikan diri drpd askar2 mereka sgt unik dan saya sendiri insaf bila memikirkannya. Secara ringkas, Cu Chi Tunnels adalah sebuah tmpt yg menunjukkan bagaimana masyarakat mereka survive ketika perang. Dalam tanah, mereka bina terowong2 kecil dan ada bahagian2 bilik untuk didiami. Cuba fikir, macam mana diorang boleh bernafas? Dan mcm mana diorang masak? Tu semua saya akan ceritakan dalam entri akan datang.


antara booby trap yg ada. cuba bygkan terpijak & tergolek masuk... erk!!!

Selain byk ditunjukkan booby traps (perangkap untuk askar2 Amerika) *ngeriiiiiiiiii* ada juga tmpt khas utk merasai sendiri tembakan *eh bukan!* merasai sendiri bagaimana menggunakan senapang untuk menembak. Kelongsong peluru akan diberikan sbg cenderahati tapi sila jgn gatal nak bawa balik Malaysia. Tak pasal2 kena tahan dekat kastam walaupun pelurunya dh takde. Hehehe~ Kami melalui jalan2 yg sgt bersih dr satu tmpt ke satu tmpt yg lain semasa meneroka tmpt bersejarah ni. Mungkin sebab tanahnya tanah liat, jadi menyenangkan perjalanan. Cuaca redup dan sesekali berangin.

pintu masuk ke dlm terowong. nk cuba boleh, kalau tk boleh keluar, duduklah dkt situ. hehehe~

Pengunjung boleh merasai juga bagaimana kehidupan diorang dalam terowong tu. Siapa yg berminat, boleh masuk dalam lubang dan keluar ke lubang lain. Namun, yg kurus saja okey boleh masuk! Sebab tmptnya mmg sempit dan haruslah berjalan seperti jalan itik di bawah tanah. Disebabkan saya mmg penakut bab2 ni dan mujur juga kondisi struktur badan tidak mengizinkan *muahhahaa~* maka saya duduk dgn mommy2 orang & seangkatan dgn saya di atas tanah saja. Bila keluar saja bos & officemate2 lain drpd bwh tanah, diorang terus termengah2. Kata mereka, memang adventure! Jgn tak tahu, smpi balik KL pun masih ada yg terasa lenguh dan sakit akibat masuk ke dlm terowong tu. Buat mereka yg ada asma, mudah sakit, senang 'rasa' benda2 pelik, kanak2, baby, org pregnant, jangan mengada nak masuk :D

gmbr pinjaman Google sbb tkde sapa pun ambil gmbr dlm terowong tu. ha, ginilah rupanya kalau korang masuk ke dalam...

ni pun pinjaman Google. sukarnya mereka hidup masa ni, kan? tp mereka survive dgn idea2 yg tak terjangkau dek akal fikiran. hebatnya kuasa Tuhan.

Dekat 2 jam jugalah kami berjalan. Entah berapa kilometer agaknya. Naik saja bas, semua nak terlelap tapi sempat pula tu Mr David cerita pasal kacang gajus, biji teratai dan kopi. Rupanya travel agency ada jual kalau nak. Akhirnya saya order 1 balang biji teratai utk dibawa pulang selepas rasa sendiri kesedapannya. Gajus tu dh berlambak kt sini kalau nak, cuma rasanya mmg berbeza dan besar sikit gajus2nya. Masa balik mmg tk fikir apa dh, nk tgk pemandangan pun terus menguap. Yg saya pelik, kanak2 semua berjaga dan riuh diorang main kat seat paling belakang. Padahal masa kat tunnels, semua dah monyok. *sbb tkde tmpt nk main* hehehe~

KAMPUNG MELAYU HALAL RESTAURANT
Utk lunch, kami ke Kampung Melayu Halal Restaurant. Tak tahu pula terletak kat mana sebab sedar je dh sampai depan restoran. Muehehe~ Menu of courselah sedap! Sila tgk instagram saya, okey? Lepas kenyang, kami terus bergerak ke destinasi seterusnya.

destinasi lunch. dh lama tu baru tahu, tmpt ni sekangkang kera dgn hotel! hahaha~

MASJID AL-RAHIM
Bas berhenti untuk solat di Masjid Al-Rahim. Saya tak perasan langsung ada masjid kat sini sebab rupanya mcm bangunan tinggi di celah2 bangunan lain. Lepas solat, sempat juga saya ambil gambar sekeliling. Masa datang tu, saya terjumpa dgn penjaga masjid tersebut, seorang warganegara Vietnam yg beragama Islam. Senyum saja dia apabila melihat kami riuh rendah di hadapan masjid. *agaknya dah biasa melihat ramai pengunjung Malaysia yg suka sgt bergambar hehe*

Allahuakbar!

sangat selesa dan menarik ;)

Sampai sini dulu saya cerita untuk hari ke 2. Banyak betul rupanya yg nak dikongsi. Hehe~ Harap2 sudilah baca ya. Niat saya hanya untuk bercerita, moga2 yg berminat ke sana boleh jadikan panduan setelah baca entri ini. Terima kasih banyak, nanti saya sambung semula ya? Part 2 nanti lebih banyak cerita shopping, naik cruise di Vietnam dan juga pasar malam Ben Thanh! :D Tunggu~~~

to be continue... Day 2 Part 2... ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: