photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Umrah : Persediaan Fizikal

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Diam tak diam, dah pun masuk sepuluh akhir Ramadhan. Moga segala amalan kita diterima ALLAH SWT hendaknya sepanjang bulan yang amat mulia ini. Saya nak sambung topik umrah seperti yang saya bagitahu sebelum ni. Minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk berkongsi. Sejujurnya sekarang saya memang agak liat nak update entry disebabkan kekangan masa, tapi in shaa ALLAH saya pasti akan terus menulis kerana ianya merupakan salah satu penenang stress saya! Heee~~

Bila sebut persediaan fizikal untuk menunaikan umrah, rata-rata orang akan memberikan nasihat supaya berjalan kaki atau berjogging dan juga beriadah kerana di tanah suci Mekah dan Madinah nanti kita akan lebih banyak berjalan daripada biasa. Jawapan saya, memang ya! Ringankan kaki untuk membiasakan diri berjalan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum berangkat. Kalau Haji pula, ramai orang sarankan biarlah kalau boleh enam bulan sebelum pergi.

Secara amnya, saya sendiri tidak membuat latihan yang begitu memberangsangkan ketika mahu berangkat ke sana. Sebulan sebelum pergi barulah saya sibuk buat preparation diri seperti bersenam *tu pun kadang-kadang*, makan vitamin *tu pun lepas mak bising :p* dan juga berjalan-jalan tak ketahuan hala *tawaf dalam shopping complex!*. Pendek kata, saya memang buat hanya 50% saja persediaan fizikal sebab kebetulan, kerja di office tengah banyak. Jadi bila hujung minggu, kerja saya hanyalah... tidur *tolong jgn ikut perangai ni isk isk*

Justeru, ringkasan untuk persediaan fizikal daripada hasil pemerhatian saya dan juga pengalaman yang saya perolehi :


1. Minum AIR MASAK BANYAK
Kalau bukan penggemar air masak, hurm... Memang masalah nanti. Kalau boleh amalkan setiap hari, bukan hanya bila nak pergi umrah atau Haji. Minum air masak banyak2 supaya dapat keluarkan toksin dari dalam badan. Bila toksin banyak keluar, in shaa ALLAH badan akan jadi lebih ringan. Kalau kurang bersenam pun, mesti akan rasa bertenaga.

2. Elak AIS
Sila elakkan AIS! Sebab utama, AIS boleh melemahkan tubuh badan walaupun masa minum tu... Hahhhh nikmatnya!! Kalau tak tahan sangat nak minum air sejuk, masukkan air dalam peti sejuk, bukan directly masukkan ais dalam air yang kita nak minum.


3. BERSENAM / RIADAH
Ini terpulang kepada individu. Tak kira cara macam mana pun, sekurang-kurangnya, keluarkan peluh setiap hari. Kemas bilik pun salah satu aktiviti yang akan mengeluarkan toksin dalam badan. Jadi, usahakanlah walaupun yang keluar tu hanyalah beberapa titisan peluh. Isk.

4. POTONG RAMBUT
Hmm... Memang pelik bunyinya tapi kalau korang jenis yang cepat rimas bila panas, mungkin cara yang terbaik, potong pendek rambut. Bukan apa, bila pendek, senang nak jaga dan truthfully untuk kaum wanita, kat sana kita akan bertelekung, bertudung almost 20 jam sehari. Kalau yang dah biasa, alhamdulillah. Mana yang selalu rimas dan suka membebel bila panas, adalah lebih baik potong rambut tu supaya percakapan pun terjaga, kepala pun ringan dan nak beribadah pun takde masalah. Apapun, terpulang pada individu. Ni pun saya dapat hasil daripada pemerhatian saya masa kat sana. Hehe~


5. Makan VITAMIN
Dua tiga bulan sebelum pergi sana, rajinkan diri makan vitamin atau food supplement yang lain sebab biasanya effect vitamin ni lama baru nampak. Kalau setakat seminggu sebelum pergi baru nak ambil, hurmm... *sayalah tu hehehe*

6. Rajinkan diri ke MASJID / MAJLIS ILMU
Kalau ada masa *mesti cari masa!* pergilah Masjid ataupun majlis-majlis ilmu supaya feel untuk ke sana akan lebih terasa. Sesungguhnya MALAS itu memang musuh utama, tapi cuba try test tengok. Lawan rasa tu sebab kat sana, kita akan sentiasa akan ke masjid untuk merebut pahala solat berjemaah dan beriktikaf di dalam masjid yang suci. Kalau tak terdaya sangat, rajinkan tgk ceramah2 kat Youtube :)

7. Uzur untuk WANITA
Bab ni memang selalu akan menjadi tanda tanya kepada wanita-wanita yang pergi sana. Sila pastikan korang rujuk dulu mana2 doktor atau ustaz/ustazah untuk masalah ini. Pada saya sendiri, belum tentu dengan mengambil ubat penahan period akan memberhentikan period kita. Masa saya di sana pun, ada kakak ni dah ambil ubat penahan (cucuk) dan periodnya tetap datang. Kadang kala kita tak perasan, effect selepas itu akan ada termasuklah gangguan terhadap kesihatan kita. 

Cara paling mudah, amalkan doa untuk menahan period dan berserahlah pada ALLAH SWT. Redha dgn apa yang telah ditentukan kerana itu juga adalah ibadah yang diberikan oleh ALLAH untuk kita. Saya sendiri mengalaminya di awal minggu saya datang. Sedih memang sedih tetapi ada banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan selain daripada pergi ke masjid. Zikrullah dan membaca terjemahan / buku di hotel juga merupakan ibadah :)

Kalau nak cerita tentang persediaan fizikal ni memang sangat banyak. Pokok pangkalnya, rajinkan usaha untuk membaca kerana dari situ kita akan menjadi lebih bersedia :) Saya harap pembaca entri ini akan memahami serba sedikit tentang konsep persediaan fizikal dari sudut perspektif saya sendiri. In shaa ALLAH sehingga berjumpa lagi untuk entri persediaan mental.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

ruqayya said...

Masya Allah. Tq for the tips sis. May Allah rewards wou with good deeds, Insya Allah.

Anway, kalau ada sesiapa yang mencari tudung Umrah, saya sarankan gunakan WERDA Tudung SOLAT-READY yang sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?