2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Umrah : Persediaan Ilmu

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Okey nak sambung cerita perjalanan umrah :) Kami ke Mekah melalui transit di Dubai dahulu dan kemudian ke Jeddah. Rombongan seramai lebih kurang 80 orang ini diketuai oleh Ustaz Yussaine Yahya, Mudir di Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN), Kangar Perlis. Kami pergi dengan agensi Multaqa Al-Iman yg berpusat di Pendang, Kedah.

Ada beberapa orang pemuda tahfiz ikut sekali dan saya pula pergi bersama pakcik yg menjadi mahram saya serta keluarga makcik termasuk sepupu perempuan. Urusan untuk menunaikan umrah ini semuanya dilakukan oleh makcik saya di Kangar. Alhamdulillah, segalanya berjalan dgn sempurna. Kami pergi menaiki penerbangan Emirates. 6 jam ke Dubai, transit di sana dan kemudian 2 jam terbang ke Jeddah.

Sebelum pergi, ramai yg menasihati saya supaya belajar utk sabar dan banyakkan berdoa moga dipermudahkan urusan. Persediaan barang2 pun saya buat sedikit demi sedikit supaya tak terasa sangat keluar duitnya. *maklumlah, tak pernah pergi hehehe* Kat sini saya kongsi beberapa web dan video yg saya rujuk. Ni semua gara-gara tak sempat nak pergi kursus umrah. *byk kursus jatuh pd hari Sabtu, sedangkan saya pula bekerja hari tu o__O*

Pada saya sendiri, ada beberapa persedian yg perlu dibuat sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah, iaitu :
a) Persediaan Ilmu - Kisah-Kisah Umrah, Mekah & Madinah
b) Persediaan Barang2 Utk Umrah & Ziarah
c) Persediaan Fizikal
d) Persediaan Mental / Rohani
e) Persediaan Akhir


PERSEDIAAN ILMU : Rujukan Kisah-Kisah Umrah

Utk kisah2 umrah, saya suka ke blog Hidup Biar Allah Sayang. Klik pada link tu ya? Ada byk panduan yg telah dikongsi di situ, saya habiskan baca semua sekali dan catit mana yg perlu dalam sebuah buku kecil yg saya buat khas utk perjalanan umrah ini. Selain tu juga, saya gemar ke sebuah blog di mana tuan punyanya memang tinggal di kota suci Mekah, iaitu blog Pengalaman di Kota Mekah.

Selain tu, saya juga rujuk beberapa buah video, Kursus Intensif Umrah oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, Panduan Mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah, Umrah Andalusia dan juga talk tentang Umrah oleh Ustaz Muhd Zainul Asri Haji Ramli. Kalau nak tambah lagi, korang google saja, mesti jumpa banyak pengalaman2 org lain yg boleh dijadikan rujukan. Yg saya bagi ni hanyalah yg paling utama pada saya :)

PERSEDIAAN ILMU : Rujukan Kisah Kota Suci Mekah & Madinah

Ada kawan saya berpesan supaya kalau nak feel lebih, jangan lupa baca kisah2 kota suci Mekah & Madinah. Justeru, sejak awal tahun hari tu lagi saya dah beli beberapa buah buku untuk saya baca supaya bila saya ke sana, saya dapat rasai sendiri melalui ilmu-ilmu yg telah saya kutip sebelum itu. Ini di antara buku-buku yg saya baca :

a) Misteri Kaabah (saya sedang cari balik buku tu utk dptkan nama penerbit)
b) Rinduku Pada Baitullah oleh Dr Ridzwan Bakar - Karya Bestari, Karangkraf
c) Makkah al-Mukarramah : Kelebihan & Sejarah oleh Abd. Basit Abdul Rahman - Telaga Biru
d) Madinah Munawwarah oleh Abd. Basit Abdul Rahman - Telaga Biru
e) Aku Sanggup Duhai Muhammad... oleh Muhd Nasruddin Dasuki - Karya Bestari, Karangkraf
f) 100 Pesanan Terakhir Rasulullah oleh Muhd Nasruddin Dasuki - Karya Bestari, Karangkraf
g) Travelog Haji Muslimah oleh Sabariah Md Udin - PTS Islamika (saya tak sempat habis baca yg ini tapi kalau nak pergi haji, mmg buku ni sgt bagus utk dibaca)
h) Teman Tetamu Allah : Panduan Umrah & Ziarah oleh Darul Nu'man (buku yg diberi oleh agensi utk dibaca. Tak silap saya, ada dijual di kedai-kedai)

Selain daripada buku-buku yg saya baca seperti di atas, byk lagi buku-buku lain yg berada di pasaran. Tak nak baca pun takpe, sebab akan ada mutawwif yg menjaga masa umrah nanti tapi apa salahnya sebagai orang Islam, kita mendalami sejarah-sejarah tempat perjuangan Nabi-Nabi & Rasul terdahulu supaya in shaa Allah, menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah SWT. Saya pasti, ada rindu yg bakal menggamit di hati kalian apabila membaca kisah-kisah sejarah dahulu :)

Saya akan sambung kembali, in shaa Allah. Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: