2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Istiqamah

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Sejujurnya, bukan senang bagi kita untuk istiqamah dalam sesuatu perkara terutamanya bila berkaitan dengan ibadah diri. Perasan tak? Kalau bab baca novel, memang istiqamah setiap hari tapi kalau nak buat solat Dhuha atau bangun solat Tahajud tu, ALLAH saja yang tahu betapa beratnya perasaan yang dikacau itu. *syukur alhamdulillah jika kalian mampu istiqamah melakukannya :)*

Diri kata, kena disiplin! Istiqamah! Khusyuk! Tapi tak jadi juga. Hmm. Macam mana nak buat? Macam mana nak istiqamah supaya perkara yang kita lakukan itu menjadi amalan seharian sambil disertakan rasa keikhlasan dan meletakkan hal itu sebagai ibadah sehari-hari? Belajar atau bekerja itu juga suatu ibadah yang istiqamah jika hati itu bersih daripada rungutan jiwa.


Jangan paksa diri. Maksudnya, buat secara berperingkat jika diri itu senang give up. Contohnya nak belajar atau membaca. Mulakan dengan sejam sehari. Selepas dua atau tiga hari, naikkan masa itu menjadi sejam lima belas minit dan seterusnya tambah sedikit demi sedikit supaya tidak terasa berat masa yang diperuntukkan untuk belajar.

Sama juga seperti perkara lain. Undurkan diri sedikit demi sedikit daripada melakukan perkara yang ingin kita jauhkan. Teruskan berdoa agar ALLAH makbulkan hajat kita untuk tetapkan hati serta keimanan agar jiwa sentiasa dibersihkan. InsyaALLAH, doa itu adalah senjata. Walaupun tidak nampak, keyakinan itu harus ada agar hati akan terus kekal mengingati ALLAH Yang Maha Esa. :)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: