2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Bila April Tiba

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Pejam celik, jatuh bangun sudahpun masuk bulan April. Cepat sungguh waktu berlalu. Perjalanan hidup saya seperti biasa. Sibuk kadang-kadang. *pura-pura sibuk pun ada juga :p* Sejujurnya tiga bulan pertama tahun 2014 ini saya habiskan masa dengan menyelesaikan manuskrip terbaru yang bertajuk Memang Dia Orangnya! Karya ini memakan masa yang lama juga untuk disiapkan kerana tahun lepas saya ada banyak agenda yang perlu dibereskan.

Alhamdulillah. Segalanya telah selesai kini. Kenduri adik lelaki pun sudah settle. Insya-ALLAH novel terbaru juga akan mula berada di pasaran pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur penghujung bulan ini. Alhamdulillah. Kesyukuran itu hanya pada DIA Yang Maha Esa. Tanpa petunjuk, hidayah dan ilham daripada-NYA, mana mungkin dapat saya menamatkan manuskrip saya yang kelima bersama Grup Buku Karangkraf ini.

sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan agar hati kita menjadi tenang selalu. segalanya sudah tertulis kepada kita sejak azali, maka sebaiknya kita belajar untuk redha kerana setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya...

Cerita hot awal tahun juga dimonopoli oleh kisah MH370. Saya mengikutinya sejak awal sampai kadang-kala pening kepala sendiri sebab terlalu banyak spekulasi dan kisah yang mungkin ada di antaranya benar ataupun sengaja direka. Cukup pada hati saya, ALLAH Maha Besar. Segala yang berlaku ini semua kehendakNYA. Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Hidup mesti diteruskan biarpun misteri ini masih menyelubungi kesayuan setiap manusia, lebih-lebih lagi pada keluarga mangsa kejadian.

Sedekahkan Al-Fatihah setiap kali berasa duka dengan misteri yang menimpa mereka. Tak semestinya untuk mangsa kejadian, malah sedekahkan juga untuk keluarga & mereka yang membantu dalam misi pencarian. Semoga hati mereka sentiasa kuat dan tabah menjalani ujian kehidupan ini. Hari ini hari mereka. Hari kita belum tentu lagi ada yang mahu mendoakannya :) Lapangkan hati, hadiahkan surah buat saudara Islam kita yang juga sedang berjuang menegakkan agama Islam. Kita tahu kita jauh dan tidak mampu untuk menolong, tetapi doa kan ada? :)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: