2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Penghalusan Jiwa dan Raga.

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kembali semula ke sini untuk menulis seperti biasa. Syukur, di saat ini saya sudahpun berada di tanah air setelah selamat pulang jam 9 pagi semalam. Agak lama perjalanan pulang yg memakan masa lebih kurang 36 jam ini, tapi segalanya berjalan dgn lancar akhirnya. Saya happy kerana jemaah yg sama2 menunaikan umrah dgn saya semuanya peramah & saling membantu :)

Entri2 mengenai umrah akan saya kongsi untuk tatapan, sebagai rujukan umum untuk pembaca yg berminat ke sana dan sebagai pemangkin semangat utk kalian menetapkan niat untuk ke rumah Allah jua suatu hari nanti, in shaa Allah. Semuanya berlaku secara pantas. Saya terdetik hati untuk ke sana setelah melalui pelbagai kenangan pahit dan manis yg berlaku dalam hidup ini. Jauh di dalam sanubari, ada sesuatu yg kosong. Yg ingin saya penuhi tetapi masa tu, saya pun tak tahu apa benda yg patut saya buat. 


Kekeliruan saya akhirnya menemui jawapan apabila di suatu pagi yg hening sebelum Subuh, berlaku sesuatu dalam diri ini yg membuatkan saya sebak tiba-tiba. Dalam jiwa, saya rindu dengan sesuatu. Dalam hati, saya niat. Saya teringin untuk menunaikan umrah. Saya teringin menjejakkan kaki ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Saya teringin untuk menghirup udara kota suci Mekah dan Madinah. Yg paling utama, saya inginkan sesuatu yg boleh memulihkan dan memperbaiki diri ini serta mengosongkan fikiran yg berserabut.

Alhamdulillah, jemputan itu membuatkan saya tersedar. Saya akui, saya leka dan lumrah manusia, mahu menjadi lebih baik tetapi belum berjumpa jalannya. Saya teringat kata-kata seorang sahabat, yg paling penting adalah hati. Hati yg akan menentukan jalannya. Hati yg akan menggerakkan fikiran. Hati juga yg akan mencorakkan kehidupan. Tapi, bagaimana mahu memastikan hati ini baik? Bagaimana nak memastikan hati ini mengikut ajaran agama dan sunnah Nabi? 

Wallahua'lam. Saya sendiri masih di awangan, cuba mencari kekuatan hati untuk persediaan akhirat. Dunia hanyalah persinggahan untuk mencari bekalan, dibawa ke dunia akhir yg akan kekal selamanya. Masa ini singkat. Tersangatlah singkat. Jika rajin mencari, in shaa Allah dipermudahkan dan jumpalah jalannya. Macam pergi pasar nak beli sayur. Kalau pergi dgn hati yg ikhlas dan mmg nak beli, mesti bersungguh2 dan akhirnya berjumpa, kan? Sayur tu kemudian dimasak dan dinikmati. 

Begitu juga dgn kehidupan ini. Ikhlaskan hati, bentukkan hati agar berusaha mencari bekalan untuk dinikmati kemudian hari, apabila kita sudah ditakdirkan menemui ILAHI. Entri ini hanyalah pra kisah umrah yg akan saya kongsi sedikit demi sedikit kepada semua :) In shaa Allah, ianya tidak terhad kepada kisah umrah saja, saya cuma mahu mengajak pembaca sama-sama terus berfikir bagaimana untuk mencari keredhaanNYA dalam dunia yg serba sibuk dan sentiasa berputar dgn laju sekarang ini...

Moga berjumpa lagi, wassalam... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: