2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Bagaimana Mahu Menulis?

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Entri lepas saya ada cerita bagaimana seseorang penulis boleh mendapat ilham. Kali ni, saya nak cerita pula bagaimana kita mahu mula menulis. Ada orang kata, menulis itu susah. Apatah lagi bila melihat para novelis atau penulis dengan buku tebal 200 sehingga 1000 mukasurat. *rasa nak pengsan, kan?* Apapun, semua orang boleh! Awak juga boleh! Ya, janji kena ada disiplin dan minat.

1. Medium menulis
2. Watak-watak
3. Plot cerita
4. Plot bab
5. Format

Lima point di atas itu adalah ciri-ciri utama penyediaan untuk menulis. Kebanyakan penulis mempunyai cara yang berlainan. Kadang-kadang ada penulis yang tidak perlu membuat plot bab dan dia hanya menulis mengikut apa yang difikirkannya. Ada juga penulis yang melakukan perincian secara mendalam sebelum menulis. Pendek kata, carilah jalan yang bersesuaian dengan diri.

Usah terlalu  mengikut cara penulis-penulis lain kerana hanya kita yang tahu tahap kemampuan kita. Bila hati tenang, jiwa akan gembira. Bila jiwa gembira, nak buat kerja pun rasa suka. Betul tak? *ke saya je yang cakap macam tu? Hihihi~* Alright, next cerita!


Medium Menulis
Cari apa-apa medium untuk memulakan penulisan. Setiap kali muncul idea, conteng di situ. Buku, komputer atau diari pun boleh digunakan. Janji ada tempat untuk kita refer. Nanti taklah keliru. Pengalaman saya sendiri, di awal novel cerita tentang si heroin pakai kereta Wira. Di tengah cerita, pakai kereta Waja pula. Ni semua gara-gara apa? Gara-gara malas conteng idea! :p Jadi, cari medium yang paling anda suka. Hias medium anda tu dengan apa saja yang boleh buatkan anda gembira. Contohnya, conteng dengan pen-pen colourful.

Watak-Watak
Paling penting. Jotdown cerita watak anda tu dalam medium penulisan anda. Tulis je mamat ni umur berapa, adik beradik dia, suka makan apa dan apa-apa saja. Create your own character using your own imagination! Kalau boleh, senaraikan watak penting. Lagi best, tampal terus watak imaginasi anda dalam buku. It's okay, writer memang mempunyai imaginasi tinggi. Don't worry kalau rasa pelik atau tiba-tiba tersengih sorang-sorang! It's natural. xD

Plot Cerita
Sinopsis keseluruhan novel yang ingin dibuat. Permulaan, pertengahan, klimaks dan pengakhiran. Selalunya dalam 1 atau 2 mukasurat. Plot cerita ni juga selalu kita pakai untuk hantar ke production kalau nak buat drama. Untuk simpanan sendiri, tak perlulah tulis formal. Cukup kita saja yang faham :)

Plot Bab
Kebanyakan penulis yang saya kenal, tak ramai yang menulis bab demi bab. Selalunya mereka buat saja dan kemudian baru susun balik. Plot bab ni adalah cara saya untuk menghasilkan novel. Secara ringkas, saya akan tulis bab 1 saya nak cerita apa. Kemudian, bab 2 cerita apa. Selalunya saya buat 10 bab pertama. Lepas tu dah dekat 10 bab, baru saya sambung lagi. Ianya sebagai guideline supaya saya tak tersasar cerita. Cuba tengok sama ada plot bab dapat membantu anda atau tidak kerana kita perlu cuba dulu untuk mendapatkan keserasian :)

Format
Format ni memang ramai yang tanya saya. Boleh juga tanya terus kepada publisher yang kita nak hantar tapi selalunya gunakan Miscrosoft Word, double spacing, jenis font ni biasanya terpulang kepada penulis. Saya guna Maiandra GD, saiz 12. Macam bonda saya, dia kena ada font yang sesuai supaya mood menulis itu sampai. Saya pula dari dulu asyik dengan font yang sama. Saya memang tak boleh tulis pakai Times New Roman. Ahahaha~ Entahlah, tak tahu apa pasal. Idea jarang muncul kalau saya pakai font tu :p

Daripada segi bab pula, setiap bab dalam 5 sehingga 7 mukasurat. Jangan terlalu pendek dan jangan pula terlalu panjang. Baca novel-novel atau buku penulis lain untuk melihat cara menulis yang bersesuaian. Jalan cerita pula harus ada pengajaran untuk masyarakat kerana kita, adalah apa yang kita tulis. Kalau boleh untuk yang beragama Islam, elakkan memberi cerita yang mempunyai aksi panas kerana sebolehnya, kita mahu masyarakat terdidik dengan apa yang kita tulis. Niat tu perlu betul. Kalau bukan di sini kita ditanya, di sana nanti kita perlu menjawabnya :)

Kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun ingin saya bantu, boleh cari saya di Facebook ataupun emel weeda.airiza@gmail.com InsyaAllah saya terbuka hati untuk menolong anda merealisasikan impian bergelar penulis. Kita usaha sama-sama, kita berjaya dunia akhirat sama-sama. InsyaAllah.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: