photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Novel Baharu

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Setelah lama tidak menjengah laman web sendiri, baharulah saya perasan tahun ni saya langsung tak menaip kat sini! *cubit pipi sendiri* Tak tahu nak taip apa selain daripada nak mengumumkan akhirnya saya beranak satu lagi! kekeke~~ Taraaaaaaaa~~


Saya jual cinta! Siapa yang sudi nak beli? kekeke~ Terimalah buah tangan terbaharu daripada saya, JUAL BELI CINTA. Masih mengekalkan genre komedi romantik. Kali ini saya cerita tentang dua orang watak utama yang mempunyai darah kacukan. Aaron Faiq Lee dan Airin Zulaikha Shane. Check out sinopsis di bawah ya! InsyaAllah esok lusa saya akan cerita tentang novel ini dengan lebih lanjut. 

Kepada yang berminat, boleh juga singgah di Ilham Karangkraf. Saya dah update bab 1 sampai bab 35 di sana. ^_^ Bab 35 adalah bab akhir ya. Selainnya boleh baca novel ni. Untuk pengetahuan, novel ni dah mula dijual masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lepas. Terima kasih banyak kepada yang sudah mendapatkannya! *hugskisses* Semoga terhibur membaca ^_^

Ilham Karangkraf

Sinopsis :

Kenangan silam yang pahit memang parah! Lagi-lagi kalau pernah putus cinta. Lebih sakit, kalau lelaki itu selamba pergi tanpa salam terakhirnya! Geram! Puas Airin Zulaikha Shane mencari di mana buah hati pengarang jantungnya. Kepulangannya ke Malaysia hanya menambah rajuk di hati. Lelaki itu tetap tidak ditemui. 

Namun, dalam diam... Zulaikha mula mendambakan Razif, jejaka yang ditemui secara tidak sengaja saban tahun. Siapa sebenarnya dia? Sekejap ada, sekejap tak ada. Misteri betul! Dalam masa yang sama, Aaron Faiq Lee pula dilanda rebut taufan dalam jiwa. Dipaksa kahwin dengan Shiela memang dia tidak gemar! Macam dalam drama katanya. 

Persahabatan akrab antara Faiq dan Zulaikha yang bermula akibat perlanggaran troli, mencetuskan idea yang tidak disangka. Daripada bestfriend yang berkongsi suka dan duka, Faiq menghulurkan lamaran yang tidak disangka. Zulaikha sudah garu kepala. Siapa sebenar jodohnya? Ah, buang masa! Zulaikha memaksa dirinya menepis bayangan Razif dan beralih kepada idea gila Faiq. 

“Faiq, jom kita kahwin!”

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

adoi rindunya nak buat novel.. baru buat dua saya stop..sbb jaga baby yang tak sihat