2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Umrah 7 Feb - Day 2 (Madinah)

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, another day. Jetlag yang dihadapi sejak semalam menyebabkan saya hanya mampu menunaikan solat Subuh di dalam bilik saja. Apatah lagi jam 7.15 pagi nanti perlu berkumpul untuk ke hotel Mawaddah Al-Waha, tidak jauh dari situ. Breakfast di hotel dihidangkan selepas solat Subuh. Menu2 semuanya alhamdulillah, rezeki ALLAH beri. Kalau ada yang tak berkenan sangat pun, saya syorkan makanlah sedikit supaya ada tenaga.

Selain daripada menu sarapan seperti nasi goreng, pasta goreng dan lain2, ada juga buah-buahan, roti dan air panas yang disediakan 24 jam. Bila lapar saja boleh turun dan capai roti atau bancuh segelas air teh/kopi panas. Pagi ni ada ziarah dalam Masjid Nabawi. Seorang ustazah akan membawa rombongan group kami dan sebuah group lain ke sana. Jam 7.15 pagi, Ustaz Leith membawa kami ke hotel ustazah. Setelah mendengar taklimat, kami berangkat bersama-sama menuju ke Masjid Nabawi. 

RAUDHAH

Raudhah adalah sebuah kawasan taman syurga yang dicintai RASULULLAH SAW. Di sinilah Baginda mengetuai solat jemaah, beribadah dan juga menerima wahyu. Pada masa dahulu, Raudhah adalah sebuah ruang di antara mimbar dan kamar RASULULLAH. Ianya merupakan tempat yang paling istimewa dan mustajab untuk berdoa. Kalau dari luar, lokasi Raudhah letaknya di bawah kubah hijau.

Sabda Rasulullah SAW, "Antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga” (HR. Al Bukhari & Muslim)

Pastikan kita buat research serba sedikit dahulu untuk mengetahui kelebihan beribadah di kawasan Raudhah. Tak adalah kita terpinga-pinga seorang diri nanti :) Kalau nak masuk Raudhah, kena masuk melalui pintu no 25. Mula2 ustazah akan tolong bawakan. Nanti kita boleh pergi sendiri dengan syarat kenalah tahu bila Raudhah dibuka untuk kaum wanita. Hanya lelaki saja yang dibenarkan untuk masuk ke Raudhah setiap waktu.

Kalau tak salah saya, wanita boleh memasuki Raudhah selepas Subuh sehingga jam 11 pagi, lepas Zohor dan lepas Isyak. Ustazah bawa kami sehingga ke kawasan sementara menunggu giliran masuk ke Raudhah. Dekat sini dah terbahagi kumpulan2 untuk pelbagai bangsa. Kumpulan Malaysia dan Indonesia akan masuk pada waktu yang sama. Kalau kita masuk dengan bangsa Arab, probability nak terpenyek dengan tubuh besar mereka tu memang adalah. Hehehe~~

Actually dari pagi lagi kepala saya berat. Nak kata migrain, tak juga tapi saya pasti ini semua sebab jetlag dan pertukaran waktu tidur serta makan. Memang bab tu saya 'manja' sikit. Teralih saja waktu, mesti jatuh sakit. *sobs* Namun, keinginan untuk berada di dalam Raudhah memang kuat. Saya telan juga Panadol Actifast 2 biji. Ustazah mengingatkan kami untuk niat i'tikaf, solat tahiyatul masjid,  solat dhuha, solat taubat, solat hajat, solat sunat mutlak dan membaca Al-Quran, berselawat sementara menunggu giliran untuk masuk.

Nota : Kata ibu, kalau nak ke Raudhah selepas Isyak, boleh masuk pintu 25 lepas jam 9.30 malam. Habis saja Isyak, balik hotel untuk makan malam dan menyucikan diri. Lepas tu ke masjid dan cepat2 masuk pintu no 25. Pintu akan ditutup kemudiannya dan hanya sesiapa yang berada di kawasan situ saja yang boleh masuk ke Raudhah, InshaALLAH. Kalau nak stay dari Maghrib pun boleh tapi kena pergi ke kawasan pintu no 25 tu, ya? 

Hampir separuh waktu menunggu saya masih sakit kepala. Berdenyut dengan hebat. Air zamzam diteguk banyak kali sambil berdoa semoga sembuh. Saya nak juga masuk ke Raudhah, nak dapatkan peluang untuk berdoa dan menziarahi RASULULLAH dengan lebih dekat. ALLAH makbulkan doa, perlahan2 sakit kepala beransur hilang. Jangan lupa teruskan berdoa dan berzikir supaya dimudahkan segalanya.

Berbalik pada umrah 2013 yang lepas, kenangan memasuki Raudhah ternyata mengusik jiwa saya. Sebetulnya saya tak memahami sangat kawasan Raudhah ketika itu. Yang saya tahu, karpetnya warna hijau. Itu saja. Saya berdoa dan masuk bersama2 jemaah lain. Saya hanya ikut gerak arus dan akhirnya sampai di saf paling hadapan. Speechless. Saya betul2 terperanjat. Saya ingatkan tirai putih di hadapan itu akan dibuka lagi untuk wanita. ALLAHUAKBAR.

Dengan cepat, tunaikan segera solat Taubat dan solat Hajat. Pastikan doa di dalam sujud yang terakhir. Kadangkala tak sempat kita nak doa selepas solat, ada orang2 yang akan tarik kita bangun dari situ. Perlakuan kasar memang tak dapat dielakkan. Kena bersabar dan yakin ruang untuk kita solat itu akan ada.

sementara menunggu giliran memasuki Raudhah. nampak tak kubah hijau tu? kt bawah itulah Raudhah yang kita mahu pergi :)

Ada beberapa ruang menunggu yang perlu kita tempuhi sebelum dapat memasuki Raudhah. Ketika berada di bawah payung yang terbuka dan nampak kubah hijau, kita sudah boleh berikan salam pada Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. Semakin kita hampir, kita masih boleh memberikan salam berulang-kali.

Nota : Sekiranya ramai saudara mara dan sahabat2 handai berkirim salam, ustazah kata memadailah kita menyatukan semua nama sekaligus. Contoh berkirim salam pada Rasulullah SAW - "Assalamua'laika Ya Rasulullah SAW wa rahmatullahi wa barakaatuhu, daripada kaum keluargaku dan sahabat2 ku yang menyampaikan salam padamu." Sama seperti kiriman untuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, hanya tukarkan nama saja.  

Masuk saja Raudhah kali ini, baharulah saya dapat memerhatikan keadaan sekeliling dengan sepuasnya. Saya ambil kesempatan untuk bertanya pada ustazah tentang Maqam Nabi. Ustazah tunjuk tiang2 yang ada di situ dan memberikan info lanjut. Ustazah juga ada tunjuk lokasi dapur rumah Nabi dahulu. Lepas kami masuk, officer masjid terus tutup tirai belakang. Kami adalah jemaah paling last untuk waktu itu.

Setelah berusaha mendapatkan tempat, segeralah bersolat. Berdoa semoga dimudahkan. Kadangkala malang tak berbau juga sebab ada jemaah yang terpijak jemaah lain yang sedang solat, yang tertendang kepala mahupun tubuh badan. Pendek kata, jangan berkasar. Kalau terkena sekalipun, sabarlah. Bayangkanlah kita berada di syurga. Raudhah itu sendiri akan diangkat ke syurga yang hakiki nanti selepas berakhirnya alam dunia.

PERKUBURAN BAQI'

Selesai di Raudhah, ustazah memberikan taklimat di luar masjid tentang Perkuburan Baqi'. Kaum wanita tak boleh masuk ke kawasan kubur. Hanya jemaah lelaki saja dibenarkan pergi. Jadi, kami memberikan salam buat penghuni Perkuburan Baqi' bersama2 ustazah di luar masjid. Ustazah juga menceritakan serba sedikit tentang Perkuburan Baqi' ini.

Ketika hari kebangkitan nanti, Nabi Muhammad SAW akan menjadi manusia pertama yang akan dibangkitkan. Disusuli pula oleh kedua2 sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan seterusnya orang2 yang dikuburkan di Baqi. RASULULLAH SAW seringkali ke perkuburan ini untuk memohon keampunan dan istighfar untuk orang2 yang dikebumikan di sini.

Doa di Perkuburan Baqi' - "Salam sejahtera keatas kamu wahai tempat tinggal orang-orang yang beriman, sesungguhnya kami akan mengikuti kamu, kamu adalah orang yang terdahulu dari kami dan kami adalah pengikut kamu, mudah-mudahan Tuhan mengampunkan kami juga kamu dan mengasihani mereka yang terdahulu dan mereka yang terkemudian, ya Allah ya Tuhanku, janganlah Engkau haramkan kami daripada mendapat pahala amalan mereka dan janganlah Engkau fitnahkan kami selepas mereka. Ampunilah dosa kami dan dosa mereka dan ampunilah dosa ahli AI-Baqi’ sekaliannya."

Kata ayah yang menziarahi Perkuburan Baqi', memang akan ada beberapa orang officer berlegar di dalam perkuburan untuk memberikan panduan kubur2 yang ada di situ. Sayangnya bila kita tak tahu bahasa Arab, sukar nak mentafsirkan ayat2 mereka. Yang faham, bila ditunjuk dan disebutkan nama2 yang ada dalam perkuburan itu. InshaALLAH, yang penting kita berdoa dan memberikan salam buat mereka di situ.

Kemudian, ustazah mengajak kami ke kedai kurma yang murah di luar masjid. Saya dan beberapa orang lagi tidak ikut serta. Ada juga yang mahu pulang ke hotel. Dek kerana tinggal lebih kurang sejam lagi waktu Zohor, saya ambil keputusan untuk menunggu di masjid. Sementara menunggu, kami berjalan2 ke hujung masjid sehingga menghampiri pagar Perkuburan Baqi'. Sempatlah bergambar2 di situ sebelum menuju ke tandas, menyucikan diri untuk solat Zohor.

ustazah drpd Andalusia Travel & Tours memberikan taklimat mengenai Perkuburan Baqi' dan berdoa bersama2 untuk para penghuninya

Selesai menunaikan solat, kami pulang ke hotel untuk makan tengah hari. Jetlag masih lagi ada di dalam diri. Saban waktu saya rasa terawang2 disebabkan kesan ubat dan perubahan waktu serta cuaca. Kami berulang-alik ke masjid semula untuk menunaikan solat Asar, Maghrib dan Isyak. Beribadah ikutlah kemampuan diri, masing2 yang pergi berlainan fizikal dan mentalnya.

Ada yang mampu stay di masjid dari Zohor sampai Isyak. Ada juga yang mampu sekali dua saja pergi. It's okay. Rebutlah peluang ikut kemampuan diri, jangan sampai menyakitkan tubuh. Berdoa pada ALLAH supaya diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menjalani ibadah di Madinah Al-Munawwarah. Kita kena ingat, beribadah bukanlah bermaksud duduk saja di masjid dan solat, membaca Al-Quran atau berwirid. 

Malah, setiap apa yang kita lakukan adalah ibadah. RASULULLAH juga memberikan saranan untuk membeli belah di Madinah dengan doa dan niat untuk memarkmurkan perniagaan orang2 Islam di Madinah. Namun, shopping tu shopping juga tapi janganlah sampai membazir atau terus lupa niat asal kita ke sana *senyum~ senyum~*

Jadi, jangan sedih2 kalau ditakdirkan kita jatuh sakit semasa berada di sana. Kalau tubuh hanya mampu terbaring saja di bilik, berwiridlah selalu atau berselawat. Tak semestinya tak pergi masjid, tak boleh buat perkara2 itu. Yang penting, perbetulkan niat di hati. Beribadahlah dengan ikhlas, bukan terpaksa.

Hari kedua berlalu dengan tenang. Syukur alhamdulillah. Walaupun dalam keadaan penat, masing2 cuba bertoleransi antara satu sama lain. Bila pergi satu group keluarga besar ni, macam2 boleh jadi. Teruskan bersabar dan happy kan diri. Kita di sana sebab ALLAH dah jemput, takkan nak sedih2, kan? Semua yang berlaku adalah dengan izin ALLAH SWT.

InshaALLAH, bersambung di entri seterusnya ^_^

*sekiranya ada informasi yang salah atau terlepas pandang, boleh bagitahu di ruangan komen, inshaALLAH saya perbetulkan*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: