2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Umrah 6 Feb - Day 1 (Malaysia)

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Segala pujian bagi ALLAH S.W.T yang telah menjemput saya sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram Mekah & Madinah Al-Munawwarah bagi menyempurnakan ibadah umrah dan ziarah. Tak tergambar dengan perasaan apabila peluang itu datang sekali lagi. Kali ini saya ke sana bersama ibu, ayah, adik-adik dan adik-beradik ibu serta ayah.

Entri perjalanan umrah pada tahun 2013 dahulu tak sempat saya garapkan kerana kekangan masa. Namun, ada sebahagiannya yang boleh dijadikan panduan pembaca seperti persediaan fizikal, kelengkapan dan ilmu. Boleh juga klik di ruangan Travel Trip di sebelah ruang kanan yang tertera arkib 'Umrah'.

Persediaan Fizikal - Klik Sini
Persediaan Kelengkapan - Klik Sini
Persediaan Ilmu - Klik Sini

Jam 10.30 malam bersamaan 5 Februari hari Isnin, saya beserta ahli keluarga (berjumlah 13 orang) telahpun bersiap sedia untuk ke airport KLIA2. Awal2 lagi kami dah tempah kereta Starex bersama pemandunya untuk menghantar kami ke sana (7 orang naik Starex & selebihnya dengan sebuah lagi kereta tunang adik) dan juga mengambil sewaktu pulang nanti. Boleh lihat di SINI (Sewa Kereta). Alhamdulillah, servis yang sangat baik diberikan oleh mereka. Actually, saya cari saja di Facebook dan tawakal, berserah pada ALLAH untuk memudahkan segala urusan.



Kali ni saya pergi dengan Andalusia Travel & Tours, dari 6 Februari sehingga 17 Februari. Pakej yang diambil adalah pakej Air Asia X. Jujur, pada mulanya saya agak kerisauan apabila ibu bercadang mengambil pakej ini kerana saya risaukan tempat duduk flight mungkin agak sempit dan kurang selesa untuk kami. Tapi sebenarnya tak ada yang perlu dirisaukan kerana yang paling penting adalah niat dalam hati kita.

PERBETULKAN NIAT

Ini yang paling penting bila mahu berangkat. Istighfar banyak2 dalam hati, perbetulkan niat kita untuk ke sana. Usah fikirkan kesusahan yang bakal dihadapi sprt takut penat, takut demam atau takut macam2 lagi. Especially takut nak buat umrah, takut kalau tak nampak Kaabah, takut pengsan tengah jalan bila nak ke masjid... Semua tu urusan ALLAH. Apa yang perlu kita buat adalah berserah, berniat agar kita pergi dengan perasaan untuk memohon keampunan, mendekatkan diri dengan ALLAH dan RASULULLAH, mahu memperbaiki diri dan menyucikan jiwa kita yang penuh dengan dosa ini.

InshaALLAH, dengan niat yang betul, segalanya dimudahkan. Belajar untuk bersabar. Jangan gopoh terutama apabila terpaksa menunggu lama di airport atau di imigresen. Kita pergi bukan seorang diri tapi dengan orang2 lain yang tidak dikenali. Bertoleransi walaupun mereka tidak buat begitu. Maklumlah, lain orang lain perangainya. Apapun, SABAR... ^_^

Ada 2 group daripada Andalusia untuk flight ni. Satu group lagi daripada Fa Izin International Travel & Tours. Sebahagian yang lain daripada group2 Indonesia. Jujurnya, pasti ada sebahagian besar yang akan menguji kesabaran anda, hehehe... Apapun, jam 5 pagi kami sudah mula terbang menuju ke Madinah Al-Munawwarah. Naik2 saja terus ZzzZzZ...

rombongan kami seramai 13 orang

siblings dan cousins. ngeteh sementara menunggu boarding. jam 3 pagi masa ni, bayangkanlah... hihi

Penerbangan memakan masa hampir 8 jam. Makanan dihidangkan 2 kali. Dua2 free, dah termasuk pakej. Tapi kalau nak air panas, of course kena beli. RM6 harga untuk secawan air panas. First food, Nasi Lemak Pak Nasser. Second, Thai Green Curry with Rice. Alhamdulillah for everything. Beware, jangan complaint banyak2. Belajar untuk terima sama ada sedap atau tak. RASULULLAH sendiri kalau tak suka sesuatu makanan tu, Baginda akan diam. 

Masa ni kadang2 kita tak perasan mulut kita mengomel itu ini. "Eh, ikan bilis keciknya, kedekut..." "Macam ni je nasi lemak?" "Pedas sangat, nak bagi aku sakit perut ke?" Hah, macam2 lah lagi. Kalau tak boleh nak tahan juga cakap, cakaplah dalam hati. Itu semua rezeki daripada ALLAH, segala apa yang kita terima tu dah ditetapkan. Jadi, belajarlah untuk bersyukur :) Perlahan2 kita berubah, inshaALLAH lama2 kita akan biasa untuk bersuara bila perlu saja.

InshaALLAH, berjumpa di entri seterusnya ^_^

*sekiranya ada informasi yang salah atau terlepas pandang, boleh bagitahu di ruangan komen, inshaALLAH saya perbetulkan*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: