2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Soalan Pembayang Bombastik!

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Pergh. Tengok tajuk entri macam bombastik sangat soalan-soalan yang akan dikeluarkan. Hehe~ Sebenarnya saya almost lupa nak post pasal soalan pembayang novel sampailah seorang sahabat merangkap adik memberitahu saya yang dia tengah  tunggu soalan-soalan ni keluar. Hahaha~ Punyalah busy sampai lupa nak jenguk rumah online ni. Ades. To Fatin, thank you very much from the bottom of my heart kerana mengingatkan kakakmu yang semakin meningkat umurnya ini. Hehe <3

Okey jom! Kita tengok soalan-soalan yang diberikan di bawah. Soalan ni saya tak susun secara teratur. Bukan bermakna soalan pertama untuk pembayang pertama. Saya buat random saja dan tugas korang semua, kenalah cari jawapan dalam pembayang-pembayang yang telah saya beri sebelum ni. Satu lagi! Hah, tak acilah kan saya dah bagi soalan mudah, saya bagi lagi satu tugasan yang perlu dilengkapkan.


Kalau tak buat dua-dua ni, kira penyertaan tu reject. Hee~ Pemenang akan diketahui pada bulan Januari nanti, sejurus selepas novel CINTA 2U DOT MY berada di pasaran. Saya belum mampu lagi nak beri hadiah yang mahal-mahal. Justeru, saya ikhlas memberi novel saya secara percuma kepada 3 orang pemenang bertuah. Yang lain jangan risau, mungkin bukan rezeki lagi... Lagipun, penyertaan ni free saja, tiada bayaran dikenakan :D So, jom tengok soalan!

Langkah 1 : Baca Dahulu Sinopsis Cinta 2U Dot My

Langkah 2 : Jawab Semua Soalan di Bawah Ini

01. Apakah jurusan pembelajaran Rayyan Ziqri & Auni Hafya di universiti?

02. Berapakah umur Rayyan Ziqri & Auni Hafya? *Mereka sebaya*

03. Auni Hafya sangat gemarkan sejenis sandwich ikan. Apakah nama ikan tersebut?

04. Lengkapkan ayat. Ibu Rayyan Ziqri berasal dari Malaysia, manakala ayahnya pula berasal dari _ _ e _ _ _ d (7 huruf).

05. Kedua-dua hero dan heroin novel ini memakai telefon jenama yang sama. Nyatakan jenis telefon tersebut.

06. Makanan ini menjadi favourite kebanyakan watak-watak dalam novel ini kerana ianya di jual di gerai tepi jalan. Namakan makanan tersebut.

07. Rayyan Ziqri mempunyai pertalian darah dengan seorang model dan pelakon terkenal di sebuah negara kelahiran ayahnya. Namakan model dan pelakon tersebut.

08. Apakah kerjaya sampingan Rayyan Ziqri selain menjadi seorang pelakon?

Langkah 3 : Lengkapkan Slogan 

Saya mahu baca novel Cinta 2U Dot My karya Weeda Airiza kerana... (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

Langkah 4 : Hantarkan Jawapan, Slogan & Butiran Peribadi ke Emel

Nama Facebook :
Nombor Telefon / Emel Untuk Dihubungi :

Hantar ke : weeda.airiza@gmail.com sebelum 31 Disember 2012

Langkah 5 : Tunggu Sampai Saya Umum

Senangkan? Jom mula sekarang! All the best! :)

Entry Quote
"Kawallah diri, kawallah hati, nescaya dapat mengawal iman
yang sentiasa akan diuji."
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jualan Gudang Karangkraf

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Saya betul-betul tengah teruja untuk ke Jualan Gudang Karangkraf ni. Ngee~ Bukan apa, kalau novel pun dah jual sampai RM3 senaskhah, siapa yang tak nak, betul tak? Dalam hati ni dah niat memborong tapi selalunya bila sampai sana, akan jadi rambang mata. Nafsu harus dikawal! Nanti tak pasal-pasal bukan takat bocor wallet, beg plastik pun boleh koyak~ Hihihi~


Jom kita pergi ramai-ramai! Namun, satu saja masalah saya sekarang ni. Actually schedule saya dah hampir full weekend ni, tu tak termasuk pergi Jualan Gudang Karangkraf ni -_____- *nangis~~~* Kalau tutup 10 malam kan bagus, uwaaaaaaa! Takpelah, saya berdoa moga rezeki menyebelahi saya nanti. Buku-buku yang saya cadang nak beli sebenarnya lebih kepada berunsur motivasi sebab saya nak buat sedikit penyelidikan. Ngeee~ 

Okey kepada yang boleh pergi, jom pergi ya. Bukan setakat novel, ada buku untuk remaja, kanak-kanak dan juga buku agama. Bila lagi anda semua boleh beli bahan bacaan dengan harga yang paling murah, betul tak? Kalau nak beli banyak, Jualan Gudang Karangkraf ni ada jual secara pakej. Lebih jimat! *sebenarnya tengah menyesal baru beli beberapa buah buku dua minggu lepas sebab lupa ada jualan gudang. sobs. sobs*

Entry Quote
"Bahasa melambangkan perilaku seseorang itu, elok bahasa, eloklah peribadinya."
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembayang Novel Akhir! - Bhgn 8

Assalamualaikum, Selamat Malam! 

Nampaknya saya dah sampai ke bahagian akhir untuk pembayang novel seterusnya! Lepas ni korang boleh kumpul kelapan-lapan pembayang dan tak lama saja lagi, saya akan keluarkan soalan-soalan bombastik untuk dijawab. Senang saja! Tapi...! Hah, mesti ada tapi! Kenalah lengkapkan slogan supaya saya senang pilih pemenang. Ngee~ Senang saja slogan, so don't worry, be happy! :)


Weeewit!! :D Apakah? Ini adalah sejenis benda yang akan menimbulkan rasa LAPAR. Muehehe~ Jangan tenung lama-lama, nanti meleleh air liur! *padahal sendiri dah terliur-liur ni~* kekeke~ Semua orang akan cakap ni burger tapi burger apa? Hah, tunggu soalan keluar baru jawab, okey? Tu saja buat masa ni. Isk, senang sangat soalan-soalan yang bakal saya beri. Kalau nak novel free, rajinkan diri menghantar jawapan ya! See you later! Tata~~~~

Entry Quote
'Kebahagiaan hanya akan tiba jika kita sentiasa ikhlas dalam menzahirkan
kasih sayang terhadap orang di sekeliling.'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS