2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Vietnam Trip - Day 1

Beware! Posting panjang! :D

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Alhamdulillah, saya dah selamat tiba di tanah air selepas pergi trip dengan seangkatan kaum keluarga office di Ho Chi Minh, Vietnam dari 23 - 26 Mac. Rombongan kami terdiri dari 26 orang dan trip macam ni memang akan diadakan hampir setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada semua staff dan sebagai waktu berehat kami semua! Yeay! Terima kasih bos & famili! Moga ALLAH sentiasa merahmati kalian. Amin :)

LCCT
Saya memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi sebab flight jam 12 tgh hari. Ayahanda yang baik hati telah sudi menghantar saya dengan Mr Smurfy. Sedihlah konon nak berpisah dengan boyfriendku Mr Smurfy, padahal 4 hari je pun! Hehehe~ Yang paling tak best, waktu potong kereta yang lambat sangat tahap kesiputan, sekali *flash* erk! Tersengih pak polisi kat tgh jalan dgn muncung pistolnya cantik terarah kat Mr Smurfy! Cis Cis! Bukan laju pun padahal, nak potong kereta ja kat highway. Tak lama lagi, memang sampai surat chentahati buat saya. Hadiah dari Vietnam. Ahahaha

TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT
Alhamdulillah, tepat jam 1.30 ptg waktu Malaysia, kami selamat mendarat. Kalau waktu Vietnam masa ni, jam 12.30 ptg ye :D Flight agak terganggu sebab langit sangat berawan, maka terasalah saya seperti berada di atas Solero Shot! *dizzypuke* Mujur sempat telan ubat mabuk sebelum naik. Yg paling penting, saya berjaya dapatkan Nasi Lemak Pak Nasser yg super sedap delicious dalam flight Air Asia! Muahahaha *happyhappy* Nasi Lemak ni cpt sgt habis, geram betul kdg2. Sampai sj, Mr David selaku tourist guide kami dtg menyambut. Yg paling tak tahan, dia boleh kenalkan diri dia as Mr David Teoh a.k.a Aaron Aziz (o__O) Ahaha. Sporting okey!

arrived! Sesi menyekat laluan penumpang2 flight hahaha~

Bos bertukar kerjaya sbg assistant tourist guide. kekke~

tengok tu~ kanak2 conquer seat paling belakang. waaa tak aci tau!

MAI GIA HUY HOTEL
Of courselah destinasi pertama! Suasana hotel sgt best dan bersyukur sebab Wifi free *eh* Itu yg paling penting! Tak jadi terus saya nak langgan internet. Dahlah mahal, lepas tu takkan nak tengok telefon 24 jam je kan? Lepas relax sekejap, kami terus keluar menuju ke destinasi pertama, Central Post Office!

acara wajib utk bergambar dpn hotel ;p

CENTRAL POST OFFICE
Salah satu bangunan yg paling lama. Saya sendiri pun tak sempat menelaah sejarah bangunan ni tapi yg pasti, architecture luar dan dalamnya sgt bombastik! *nama pun kerja bhgn architecture, so keterujaan tu memang terlebih muahhaha* Saya sempat sambar dua plastik koleksi setem Vietnam utk diberi pd ayahanda yg memang hobinya mengumpul setem sejak dulu.

architecture yg sgt unik

 cantik sgt kat dalamnya... nanti saya upload lagi~

HARD ROCK CAFE
Tak jauh pun dari Post Office. Jadi, kami jalan ramai2, menyusuri jalan Vietnam yg... MasyaALLAH, sibuk yg amat! Bukan banyak kereta pun, tapi motosikalnya mcm over the limit. Hehe Saya rasa diorang tak dilatih cara untuk brek bila nampak pejalan kaki. Memang tak kasi can punya! Banyak2 tmpt saya pergi, kat Vietnam adalah tmpt paling mencabar nak lintas jalan! Janganlah harap kasihan penunggang motor sana, diorang akan rempuh saja kalau korang degil nak melintas. 

hard rock cafe!

bergambar adalah keutamaan bila dtg tmpt mcm ni hehe~

jual motor mcm jual ikan kat sini. pelik juga rasanya...

Percayalah. Nasihat saya, tunggu betul2 takde motor atau lebih ekstrem, lintas sikit2 sambil lari tp kena berhati2 tau! :D Berkaitan Hard Rock Cafe, saya tak beli apa2, cuma bergambar lebih. Hehe~ Berdasarkan pemerhatian, harga kat sini memang tinggi berbanding kalau beli kat pasar malam, padahal sama saja kualitinya. So boleh survey2 dulu kalau datang sini ;) Utk penyimpan koleksi Hard Rock Cafe, bolehlah sambar sehelai dua baju atau small items yg harganya dalam million dong :D

SAIGON SQUARE
Tempat seterusnya, Saigon Square! Hari pertama saja dah melayang dekat 300 ribu dong! Rasa mcm org kaya duduk sini. Bila tanya, how much? 1 million. (o__O) wow! Boleh beli kereta kalau kat sini. Muahaha~ Padahal 1 million tu, RM153 ja. Kekeke~ Merasalah kejap jd millionaire kat situ :p Tk banyak beli brg pun sebab kat sini lebih mcm shopping complex biasa. Harganya pun agak tinggi menurut kata Mr David. So, kami decide utk cuci mata ja *padahal sempat sambar handbag & wallet*

salah satu destinasi shopping. selain saigon square, ada juga russion market, china town & etc etc. kami pilih dtg sini saja sebab tmpt lain pun lebih kurang sama. nasihat saya, jgn belanja lebih sgt sbb kt pasar malam atau market lebih murah ;)

penuh manusia. ni sementara menunggu 2 org anak teruna selesai shopping. ingatkan org perempuan ja yg selalu lambat. muehehe...

SAIGON SRI PENANG HALAL RESTAURANT
Nyummy! Dinner kat sini dgn lauk pauknya yg marvellous! Actually masa ni masih rasa mcm kt Malaysia. Entahlah, mungkin sebab bila masuk restoran, semua wajah Malaysia, lagu pun lagu Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan cakap pun Melayu. Ahahaha. Satu kemestian saya, mesti ambil gambar makanan! Boleh tgk kat instagram saya k! (nazweeda) Kalau letak sini nanti, ada yg meleleh lapar. Hihi~ Oh, kalau pergi sini, jangan lupa pesan Ice Coffee Milk. SEDAP GILER. Coffee kat Vietnam adalah kopi terbaik ke-2 dunia lepas Brazil kalau nak tahu :D

WATER PUPPET
Persembahan puppet dalam air. Ternganga saya menontonya secara live! Kalau sebelum ni, tengok dalam Running Man ja. Terima kasih Running Man! Keranamu saya kenal byk tempat best. Hehehe~ Overall, memang entertaining tapi tak best sebab tak faham apa diorang cakap. Cuma baca dengan pamphlet ja. Secara ringkas, diorang cerita tentang kisah masyarakat kat sana, cerita pengail ikan, budak2 dan ada juga cerita haiwan2 yg dikatakan suci pada mereka.

main entrance ke water puppet show~

tgh tu air, kiri kanan tu live show skrip & nyanyian oleh geng2 kebudayaan mereka


Masa kat sini pun, saya rasa macam kat Malaysia. Ada kakak yg duduk kat belakang saya tegur tanya dari mana. Rupanya diorang semua dari Kedah. Muehehe. What a small world, kan? Tapi memang rasa macam tengok wayang kat Malaysia. Sana sini dengar bahasa Melayu. Hairan juga, Vietnam memang terkenal dgn pelancong Malaysia. Kenapa eh? Oh, kakak tu juga sempat berkata yg wajah saya sangat2 familiar. Yg kelakar tu, dia tanya saya ada berlakon dalam Setia Hujung Nyawa ke? Ahahaha~ Wah, untung sangat kalau ye saya berlakon dgn Amar Ashraf :p Haha~ Kepada kakak jika terbaca entri ini, sayalah yg kakak jumpa hari tu! :D

Panjang aih entri kali ni! Takpelah, sesekali, kan? Hehe~ Kalau ikut hati, nak share berjuta gambar tapi simpan dulu untuk... Next project! Wowweee :D Lepas habis schedule, *cis, dah macam artis bunyinya haha* kami terus pulang ke hotel tapi ada juga yg sempat melencong ke Pasar Malam yg dekat Ben Thanh Market tu. Tk jauh pun dari hotel, tk smpi setengah kilometer. Saya pula dah tk larat nak buka mata. Nak baring ja rasa. At last, buat keputusan dgn roomate, jom tido! Sebab esok nak jalan jauh pula. Jam 10.30 mlm saya dah zzzz.....

snap dari dlm bas. saya mmg suka sgt taman dlm bandar yg byk terdpt kt sini! green, sedap mata memandang and im in love!!

relax ja masyarakat bersantai, berjogging dan beriadah tgh2 bandar. padahal keliling taman ni semua jalan. sebab apa tak jammed? sbb semua yg datang bawa motor, kuranglah sesaknya. hehe kalau kat Malaysia? Sure dah 10 kilometer pjg jammed tu...

to be continue... Day 2 ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Soalan Pembayang Bombastik!

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Pergh. Tengok tajuk entri macam bombastik sangat soalan-soalan yang akan dikeluarkan. Hehe~ Sebenarnya saya almost lupa nak post pasal soalan pembayang novel sampailah seorang sahabat merangkap adik memberitahu saya yang dia tengah  tunggu soalan-soalan ni keluar. Hahaha~ Punyalah busy sampai lupa nak jenguk rumah online ni. Ades. To Fatin, thank you very much from the bottom of my heart kerana mengingatkan kakakmu yang semakin meningkat umurnya ini. Hehe <3

Okey jom! Kita tengok soalan-soalan yang diberikan di bawah. Soalan ni saya tak susun secara teratur. Bukan bermakna soalan pertama untuk pembayang pertama. Saya buat random saja dan tugas korang semua, kenalah cari jawapan dalam pembayang-pembayang yang telah saya beri sebelum ni. Satu lagi! Hah, tak acilah kan saya dah bagi soalan mudah, saya bagi lagi satu tugasan yang perlu dilengkapkan.


Kalau tak buat dua-dua ni, kira penyertaan tu reject. Hee~ Pemenang akan diketahui pada bulan Januari nanti, sejurus selepas novel CINTA 2U DOT MY berada di pasaran. Saya belum mampu lagi nak beri hadiah yang mahal-mahal. Justeru, saya ikhlas memberi novel saya secara percuma kepada 3 orang pemenang bertuah. Yang lain jangan risau, mungkin bukan rezeki lagi... Lagipun, penyertaan ni free saja, tiada bayaran dikenakan :D So, jom tengok soalan!

Langkah 1 : Baca Dahulu Sinopsis Cinta 2U Dot My

Langkah 2 : Jawab Semua Soalan di Bawah Ini

01. Apakah jurusan pembelajaran Rayyan Ziqri & Auni Hafya di universiti?

02. Berapakah umur Rayyan Ziqri & Auni Hafya? *Mereka sebaya*

03. Auni Hafya sangat gemarkan sejenis sandwich ikan. Apakah nama ikan tersebut?

04. Lengkapkan ayat. Ibu Rayyan Ziqri berasal dari Malaysia, manakala ayahnya pula berasal dari _ _ e _ _ _ d (7 huruf).

05. Kedua-dua hero dan heroin novel ini memakai telefon jenama yang sama. Nyatakan jenis telefon tersebut.

06. Makanan ini menjadi favourite kebanyakan watak-watak dalam novel ini kerana ianya di jual di gerai tepi jalan. Namakan makanan tersebut.

07. Rayyan Ziqri mempunyai pertalian darah dengan seorang model dan pelakon terkenal di sebuah negara kelahiran ayahnya. Namakan model dan pelakon tersebut.

08. Apakah kerjaya sampingan Rayyan Ziqri selain menjadi seorang pelakon?

Langkah 3 : Lengkapkan Slogan 

Saya mahu baca novel Cinta 2U Dot My karya Weeda Airiza kerana... (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

Langkah 4 : Hantarkan Jawapan, Slogan & Butiran Peribadi ke Emel

Nama Facebook :
Nombor Telefon / Emel Untuk Dihubungi :

Hantar ke : weeda.airiza@gmail.com sebelum 31 Disember 2012

Langkah 5 : Tunggu Sampai Saya Umum

Senangkan? Jom mula sekarang! All the best! :)

Entry Quote
"Kawallah diri, kawallah hati, nescaya dapat mengawal iman
yang sentiasa akan diuji."
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jualan Gudang Karangkraf

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Saya betul-betul tengah teruja untuk ke Jualan Gudang Karangkraf ni. Ngee~ Bukan apa, kalau novel pun dah jual sampai RM3 senaskhah, siapa yang tak nak, betul tak? Dalam hati ni dah niat memborong tapi selalunya bila sampai sana, akan jadi rambang mata. Nafsu harus dikawal! Nanti tak pasal-pasal bukan takat bocor wallet, beg plastik pun boleh koyak~ Hihihi~


Jom kita pergi ramai-ramai! Namun, satu saja masalah saya sekarang ni. Actually schedule saya dah hampir full weekend ni, tu tak termasuk pergi Jualan Gudang Karangkraf ni -_____- *nangis~~~* Kalau tutup 10 malam kan bagus, uwaaaaaaa! Takpelah, saya berdoa moga rezeki menyebelahi saya nanti. Buku-buku yang saya cadang nak beli sebenarnya lebih kepada berunsur motivasi sebab saya nak buat sedikit penyelidikan. Ngeee~ 

Okey kepada yang boleh pergi, jom pergi ya. Bukan setakat novel, ada buku untuk remaja, kanak-kanak dan juga buku agama. Bila lagi anda semua boleh beli bahan bacaan dengan harga yang paling murah, betul tak? Kalau nak beli banyak, Jualan Gudang Karangkraf ni ada jual secara pakej. Lebih jimat! *sebenarnya tengah menyesal baru beli beberapa buah buku dua minggu lepas sebab lupa ada jualan gudang. sobs. sobs*

Entry Quote
"Bahasa melambangkan perilaku seseorang itu, elok bahasa, eloklah peribadinya."
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS