2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Sedutan 1 Nyanyian Syahdu

"Tiada rintihan dapat kuberikan bila memandang wajahmu yang sayu ini. Aku keliru Rul... Keliru dengan persahabatan ini. Apakah yang tersirat di wajahmu itu? Walau hatiku berkata sayang, tetapi mungkin kau tidak pernah mendengarnya. Rul... Aku..."

Benarkah Khazrul masih cintakan aku? Shazrin menahan tangisnya. Dia tahu dia tidak sepatutnya berbuat demikian kerana dia sudah menerima Ezlan tetapi dia akur jika takdir mengubah segala-galanya.

~ Shazrin ~

"Bicara indah kan kukata, Hadirmu menjelma seindah suria, Mencerminkan kebahagiaan, Menjalin kemesraan, Ratuku dengarkanlah, Laguku ini hanya untukmu, Kan kusebut namamu, Biar kau jauh di mataku..."

Apa yang kau tangiskan Shazrin? Suka? Atau kau berduka? Lelaki itu mengetap bibir. Aku benar-benar menyayangi kau sejak dahulu lagi. Kasihku padamu tidak pernah berubah.

~ Khazrul Iqram ~

"Saya tahu mungkin ini terlalu cepat pada awak. Tapi saya cakap dengan ikhlas, saya betul-betul sayangkan awak... Saya mahu jadikan awak sebagai isteri saya. Rin, kalau awak nak tahu, saya dah cakap pada atuk, saya nak memperisterikan awak jikalau awak sudi."

Aku gusar apabila melihat Shazrin yang mendiamkan diri. Aku sedar aku mempunyai peluang yang tipis kerana belum pun setahun aku mengenali Shazrin, bahkan hanya baru beberapa bulan.

~ Ezlan ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: