photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Istimewanya Penulis

Pernahkah anda terfikir, apa istimewanya penulis di mata anda? Ceritanya? Gaya bahasa? Orangnya? Ada 1001 perkara yang orang suka tentang penulis. Ianya terpulang kepada pandangan individu. Setiap orang punya kesukaan sendiri termasuk genre cerita tersebut. Ada yang gemarkan cerita cinta jiwang, misteri ataupun ada juga yang suka cerita 'gila-gila'.

Apa istimewanya penulis? Selain daripada menghasilkan sebuah karya milik sendiri, penulis juga boleh menjadi 1001 jenis watak dalam masa yang sama. Bayangkan, ketika menulis sebuah bab, terdapat lebih kurang 3 hingga 4 watak yang akan muncul. Manusia A sehingga manusia B, C dan D mempunyai perwatakan yang berbeza mengikut aliran cerita. Penulis harus menjadi A, kemudian bertukar menjadi C atau B dan D. Itulah salah satu keistimewaan penulis.

Selain itu, penulis banyak berimaginasi. Kadangkala, hanya dengan melihat satu insiden yang berlaku di depan mata atau mendengar cerita daripada orang sekeliling, penulis dengan sendirinya akan mengembangkan cerita tersebut di dalam fikirannya. Oleh sebab itu, ada sesetengah penulis akan sentiasa membawa sebuah buku peribadi yang mengandungi koleksi idea yang kadang kala timbul secara tiba-tiba.
Banyak lagi boleh dikupas jika dihayati tentang cerita penulis. Ini hanyalah sekilas pandangan daripada saya. Penulis menulis tentang cerita orang lain tetapi adakah cerita penulis itu sendiri ditulis oleh penulis yang lain?

^______^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

eryzazaihasra said...

Menjadi penulis mmg unikkan, akak berminat untuk menulis novel tetapi apa puntak tau, bolehkan Weeda memberikan segala panduan sehigga lahirnya novel akak nanti, harap Weeda tidak keberatan...email akak di eryzaabuhassan@gmail.com , terimakasih