2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Lorekan Pertama

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah. Pertama kali memberikan lorekan buat blog baru yang di buat khas sempena kelahiran Weeda Airiza, seorang penulis baru yang baru berjinak dalam bidang penulisan biarpun punya pengalaman tersendiri di bidang itu sejak kecil lagi. ^______^


Terima kasih buat teman-teman yang sudah mendapatkan buku terbaru saya, Nyanyian Syahdu terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Novel ini telah berada di pasaran sejak bulan Februari tahun lepas. Saya menerima perkhabaran tentang kelahiran novel ini ketika saya berada di London, England ketika mengikuti trip pejabat ke sana. Rasa sungguh tidak sabar untuk terbang balik ke Kuala Lumpur dan merasai sendiri keharuman setiap helai kertas karya sendiri itu. Syukur alhamdulillah.

InsyaALLAH saya akan cuba mengemaskini blog dengan berkongsi apa jua cerita yang boleh dijadikan panduan biarpun sedikit. Kita hanyalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan serta tidak punya hak untuk memuaskan hati setiap pihak. Segala kebaikan itu datang daripadaNya dan setiap keburukan itu datang daripada kita yang kerdil ini.

Salam perkenalan,
Weeda Airiza
Daripada Pena Penghujung Mata, Tercetus Ilham Tersusun Kata, Terlarik Seribu Rahsia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: