photo allkarya_zpsxsfjfgmj.png

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Ketentuan Yang Maha Esa

Assalamualaikum, Selamat Malam!

Kebelakangan ini saya selalu terfikirkan tentang ketentuan qada' dan qadar Ilahi. Mengapa kehidupan saya begini dan mengapa kehidupan orang lain begitu. Mungkin kerana ada beberapa insiden berlaku terhadap saya dan ia secara tidak langsung, membuka mata saya untuk lebih mengenali Pencipta alam semesta ini. Saya akui, ilmu saya masih cetek dan saya ingin sekali berubah atau dengan kata lain, melakukan 'penghijrahan' secara lahiriah serta rohaniah.

Baru-baru ini saya mengalami sebuah kejadian di mana ianya telah memberikan keinsafan yang cukup mendalam. Walaupun mungkin di luar saya masih kelihatan normal seperti biasa, tetapi hati saya menjadi kosong secara tiba-tiba. Seolah-olah ada perkara yang perlu saya lakukan untuk mengisi kekosongan itu. Puas saya berfikir sampai kusut pemikiran saya selama beberapa hari sehinggalah seorang teman baik, 'membuka' jiwa saya yang inginkan jawapan itu.


Kata-katanya membuatkan saya berfikir tentang hikmah yang DIA beri untuk kita selama ini. Saya harus bersyukur dengan pelbagai ujian hidup yang menimpa kerana melalui perkara sebeginilah saya tahu, DIA mahu saya mencari jalan menuju keredhaan-NYA dan jangan alpa di muka bumi ini. Sesungguhnya saya benar-benar mahu mencari perasaan yang dinamakan ketenangan. Sejak peristiwa tersebut, hati saya mula berbelah bahagi terhadap beberapa perkara dunia.

Mungkin orang akan mempertikaikan tentang perubahan sekelip mata yang bakal saya lakukan tetapi itulah yang dinamakan sebagai ketentuan Qada' dan Qadar daripada-NYA. Segala yang berlaku telah dirancang secara terperinci sejak sebelum kita dilahirkan lagi. Hati saya milik-NYA dan doakanlah agar saya dapat mencapai apa yang saya mahukan, yakni nikmat ukhrawi yang sebenar. Buat pembaca, InsyaALLAH, sama-samalah kita doakan agar kita semua menjadi khalifah-NYA yang lebih baik, beriman dan beramal-soleh di dunia dan akhirat. InsyaALLAH, Amin.

Entry Quote
'Walaupun jiwa sayu mencari makna, hati layu menggapai cinta,
ketahuilah ada DIA yang sentiasa berada di sisi kita'
~ Weeda Airiza ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

salam kenal. saya dapat blog awak bila goggle "penulis". salam kenal kerana saya baru berjinak2 ke arah itu. insya alla nanti hujung tahun novel saya akan diterbitkan..