Assalamua'laikum, Selamat Petang!
Kehidupan saya agak sibuk dua hingga tiga minggu ni *bila masa ntah yang tak sibuk o__O* Kerja di office menuntut double kesabaran saya, apatah lagi next week saya akan fly ke luar Malaysia. Justeru, banyak benda bermain di fikiran dan mmg saya akui, saya lagi cepat moody. Manusia mana yang tak berperasaan, kan? Cuma yang paling penting, adalah cara untuk mengawal perasaan tersebut.
Setiap orang punya cara untuk mengawal perasaan sendiri. Ada yang pergi makan, ada yang keluar hang out untuk melepaskan tekanan, ada yang pergi shopping dan yang paling banyak orang buat rasanya - tido! Hehe~ Saya ada cara sendiri untuk terapikan diri walaupun kadang-kadang tak berkesan juga. Janji dapat kurangkan sikit perasaan amarah. Kat sini, saya kongsi tips beberapa cara untuk mengawal perasaan. Sekadar perkongsian untuk semua. Kalau nak tambah, boleh juga :)
ISTIGHFAR / BERDOA / SOLAT / MENGAJI
Untuk orang Islam, disarankan agar beristighfar banyak2 sekiranya dah terasa lain macam *especially bila nak mula angin dengan orang, kan?* Susah sebenarnya pada kita utk terus ingat, tapi cuba. In shaa Allah berkesan. Terus fikir, takpe, ni ujian saja. Kejap lagi mesti happy. Saya tahu, mmg susah tapi bagus untuk amalkan :) Satu lagi, solat dan lepas tu mengaji. Ramai yang dah tahu keistimewaannya, jadi saya tak nak cerita panjang yang ini sebab semuanya datang daripada hati.
MENANGIS
Cukup perlu! Seriously dapat mengurangkan tekanan tapi janganlah menangis sampai lupa diri. Duduk seorang diri kat mana2 yang perlu dan menangislah sebentar sambil istighfar. Takde orang akan tengok. Bayangkan masa tu hanya kita saja yang menghadap ILAHI dan DIA melihat kita. Menangislah sepuasnya kerana tiada orang lain yang akan faham diri kita kecuali DIA.
MENONTON TV
Kalau dah tahu tengah stress atau perasaan tak betul tu, janganlah gatal pergi tengok drama yang bakal tambah stress! Misalnya baru lepas gaduh dengan boyfriend, pergi pula tengok drama yang sedih... Memang cari nahas namanya. Kalau boleh, elakkan semua program tv yg berat. Mana yang boleh tengok motivasi, boleh tengok. Mana yang mmg tak boleh, disarankan tengok drama / program kelakar. Macam saya, bila mood turun sampai ke lantai, saya buka Running Man / Family Outing / Reality Program yang lawak2. Tengoklah banyak kali pun, mesti ketawa. Hormon gembira akan mula dikeluarkan dan naturally kita akan menjadi bertambang tenang.
kalau giniler muka2 yg ada kat gym, tak stress pun, nak pergi juga! muahaha~
BERIADAH
Saya tak tahu berapa ramai yang boleh buat yang ni *saya langsung tak suka buat ahahha* Ada juga yg pergi jogging / gym untuk lepaskan perasaan. Good! Mana yang tak boleh, lupakanlah... Nanti lagi sakit hati bila tengok keadaan sekeliling tempat jogging. Ada sampah tepi jalan pun boleh menambahkan stress, silap2 tengok org dating kat gym pun rasa nak baling pemberat kat diorang, betul!
MAKAN / MINUM
Rasanya paling banyak cara, ini yang nombor satu! Hihihi~ Makanlah. Jangan over sudah! Tips, pergi cari minuman dulu sebelum rasa nak makan macam2. Bila banyak minum air, perut rasa kenyang. Macam saya, Chatime yang akan jadi habuan saya kalau dah moody. Hazelnut Chocolate + Pudding! :D *baru sudah minum semalam, nampak sangat stress :p* Ada org sarankan cokelat, ya betul tapi kalau boleh cari makanan favourite masa nak kurangkan stress. Cari makanan yg biasa makan, bukan makanan yg baru nak try. Kalau tak menepati selera, kan tambah stress tu? :)
SHOPPING / TENGOK WAYANG / WINDOW SHOPPING
Mostly saya rasa perempuan akan banyak buat yang ini tapi bukan untuk saya. *ya betul, tak tipu!* Lagi stress, lagi saya tak keluar rumah. Pelik? Mungkin tu cara saya. Pada yg boleh jalan2, silalah. Cuma berpadalah dgn wang ringgit. Masa keluar, kemain hilang stress beli itu beli ini. Sudahnya balik rumah, tambah stress sebab tengok duit habis! Fikir dulu masak2 ya :)
TIDUR
The best ever! Kalau boleh tidur, tidur. Tutup habis segala telefon/laptop supaya tidur tu berkualiti. Kalau boleh, bagitahu dulu family, BFF atau sesiapa yang dikhuatiri akan mencari korang. Takdelah kejap lagi korang dengar pagar rumah digegarkan pula. Tak payah kunci jam, kecuali nak solat.
MEMBACA
Disarankan seperti menonton tv tapi jangan baca bahan bacaan berat. Lagi sakit kepala. Bacalah komik atau segala bahan ringan yang tidak membebankan fikiran untuk menganalisa setiap ayat yg korang baca tu.
hilangkan stress! kembalikan senyuman :)
Apapun, stress merupakan satu dugaan kecil. Cara nak kurangkan stress, buat benda yang kita happy. Kalau tengah stress kerja / assignment banyak, tanamkan dalam diri, kejap lagi nak buat benda yang best! Secara tak langsung, korang akan semangat nak habiskan kerja / assignment. Cakap memang mudah, yang nak membuat tu, kita sendiri! Stress pun ada pelbagai stress. Stress kerja, stress kawan dan macam2 lagi. Yg ni saya akan cuba cerita the next entry okey?
Jadi, tepuk dada tanyalah selera :)
2 comments:
yg first n kedua ila mmg buat. yg lain tue terutama tgok tv tak.. sbb tv sekarang hurmmm
tv pon sejujurnya weeda sendiri kurang tgk.. sbb tk suka tgk iklan hehehe~ suka download tgk dlm komputer :)
Post a Comment