2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Vietnam Trip - Day 4 (Final)

Assalamualaikum, Selamat malam!

Alhamdulillah, berjaya juga nak menaip malam ni untuk habiskan cerita trip ke Vietnam. Lama betul, kan? Perginya bulan 3. Habis share cerita bulan 5. Muehehe~ Kali ni entri tak panjang, sebab kami pun ada sekerat hari saja di Vietnam :)

KAMPUNG MELAYU HALAL RESTAURANT
Kami breakfast ramai-ramai kat sini. Kalau tak salah, nasi goreng dengan ayam rempah. Saya sempat membantai kopi susu ais lagik!! *nyuummmehhh* yelah, dah last day, kan? Mahal tu memanglah tapi bukan selalu dapat kopi sedap macam tu. Hehehe~ *balik Malaysia langsung tak sentuh kopi*

antara pemandangan yg saya suka

Apa yg saya suka di bandar Ho Chin Minh ni? Saya suka sangat dgn taman2 tengah bandar yg diorang buat. Macam pelik sebab tengah2 jalan! Ramai pula tu yg beriadah dan berjalan2. Mula2 tu terfikir juga, apa yg diorang suka sangat buat kat sini? Tak jammed ke kawasan ni? Lepas tu baru saya sedar, diorang semua naik motor! Patutlah... Senang parking dan senang sangat nak ke hulu dan ke hilir. Kalau kat Malaysia, dah tentu asyik kena hon sebab parking tepi jalan.

jualan frame2 di tepi jalan. tokeinya duduk atas motor okey... ;)

HOTEL
Lepas balik drpd breakfast, kami sibuk mengemas saja. Sempat pergi minta permission kat kaunter nak bawa penimbang naik. *muahaha~ puncanya segan nak bgtahu org jumlah berat beg ngehhhh* Penimbang tu berat giler! Saya dan roomate yg berusaha bawak naik ke tingkat 9! Berdebar juga nak timbang ni. Hiks~ Tengok2... Hah amik! Over 3 kilo! Tergaru2 kepala time tu... Roomate saya lagi best, over dkt 10 kilo! Naik AA, mmg sure kena charges but Boss dh cakap nanti check in group. Jadi, boleh cover antara satu sama lain :)

TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT
Alhamdulillah, dah sampai airport! Terasa berat hati juga sikit nak balik tapi excitednya lebih kepada balik! Hehehe~ Sebab truthfully Ho Chin Minh mmg syurga shopping. Saya akui, saya memang bukan kaki shopping walaupun boleh bershopping. Walaupun rambang mata, nafsu nak membeli bergelodak, tapi alhamdulillah saya masih mampu tersenyum tanpa menghiraukan wallet yg sibuk nak keluar drpd beg tu. 

suasana masa nak beratur check in beg~ bergambar itu kemestian :D


Lepas bergambar ramai2 dgn Mr David, kami check in beg. Punyalah lama juga sebab menunggu seorang demi seorang lepas. Yg kesiannya, orang belakang kitorang. Terpaksa tunggu lama. Lepas habis, kami ke kastam. Orang2 kastam diorang ni pada saya, minta maaf sangat2 cakap... Sangat tak mesra. Serious sangat. Macam nak marah pula tu. Bagi passport pun mcm hentak kat meja. Hmm... Mungkin saya saja yg terkena ataupun diorang mmg mcm tu... Nasihat saya, masa lalu kastam diorang, jangan sibuk berbual kuat2 atau bergurau senda yg over. Kita di negara diorang, apapun boleh jadi :)

yg besau tu kanak2 praktikal okey. haha~

menculik topi boss utk posing. ngagaga~

Habis kastam, last sekali kena imbas beg dan diri. Alhamdulillah, semuanya okey. Kami terus ke gate menunggu dan masa ni saya sibuk nak cari air mineral. Ini semua gara2 nak kena telan ubat mabuk! Ngeee~~ Air mineral dijumpai tapi kena bayar dalam dollar. Isk. Takpelah, nak balik dah pun! Tak sabar nak guna duit RM. Huhu~ Sambil berkeliaran, sambil makan segala baki kudapan yg ada sebab flight delay setengah jam. Byk kudapan yg tak habis, even maggi pun tk habis sebab terlalu sibuk travel + shopping + penat. Nasihat saya lagi, kalau travel mcm ni, cukup bawa 3 paket biskut kecil dgn 2 cup maggie. Cokelat kecil2 bolehlah sebab balik Malaysia pun tak guna space yg banyak dalam beg.

kastam. panjangnya~~~ kesabaran sangat2 perlu :)

FLIGHT
Atas flight masa ni, memang agendanya tido. Disebabkan duduk agak jauh ke belakang, tak sempatlah nak makan nasi lemak yg best tu :( Yg ada pun maggi. Yg lain, habis! Mungkin sbb kami balik tengah hari, jadi masing2 yg kat depan2 tu lapar. Takpelah, nak balik Malaysia pun. Dah boleh makan apa saja yg nak kat airport tu nanti :D 

yeah! flight dah smpi lepas delay setengah jam~~

LCCT
Alhamdulillah, tiba dgn selamat! Lepas melalui kastam dan beg, boss bagi sedikit kata2 akhir sebelum kami start keja esoknya! Huwaaaaaa~ *nasib baik esok tu bos bagi balik jam 3. muahhaa* Kata2 boss yg paling best - "in shaa Allah, kerja kuat2, company stabil, next year kita pergi Korea" Uwarghhh~~~~ Nakkkk nakkkk~~~ Maka sejak itu, saya berazam nak jadi lebih fokus dgn kerjaya saya *semangat!!* Padahal mmg fokus juga sebelum ni, cuma lebih semangatlah sebab ada juga benda yg nak looking forward next year! Hee~~

Sebelum saya mengakhiri coretan trip Vietnam ni, saya mohon maaf sangat2 jikalau ada tersalah kata. Saya tiada niat lain untuk menunjuk, tetapi ni semua pengalaman saya yg ingin dikongsi buat pembaca. Manalah tahu, kalau ada yg nak pergi nanti, bolehlah pakai sebahagian tips saya. Moga2 boleh dijadikan panduan berguna untuk semua. Jauh pemandangan, luas pengalaman yg kita dapat sebenarnya. Jgn jadikan kemampuan sebagai alasan, bila kita nak tahu sesuatu benda tu, dengan cara membaca dan mengumpul maklumat di internet tu pun dah dtgkan hasil yg lebih banyak, in shaa Allah :)

keluarga kerja kami :) boss tkde dlm gmbr sbb dia yg amik hehehe~

Terima kasih kpd keluarga company saya, Deconstbuilt Sdn Bhd yg banyak bagi support antara satu sama lain. Alhamdulillah, saya bersyukur di sini dan moga dipermudahkan rezeki untuk kita bekerja dan beribadah. In shaa Allah. Moga berjumpa lagi! Terima kasih kerana membaca :)

tengok sapa yg menyibuk masa saya nak unpack beg kat rumah!~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Ako Retna said...

kak long,
kg melayu tu kat area mana?

Unknown said...

kg melayu tu tk jauh drpd ben thanh market.. sebelah kedai hajah basiroh ;)

Anonymous said...

Salam nak tanya pasal kastam ni dengar citer kene selogkar bag bagai, betul ke. Lagi satu jumlah kilo yang dimasudkan air asia atau kastam. Maklum la ada kawan cakap kastam timbang lain air asia timbang lain. Macam pelik bunynye kan. Cer citer sikit. Pasal pemeriksaan kastam. Ada ke limit kg yang ditentukan oleh kastam?

Unknown said...

anonymous,

setakat ni tak ada pula saya dengar sebab balik dari sana pun dulu tak ada kastam yang selongkar beg.. kalau air asia, kena bayar untuk baggage, make sure extra lebih sikit :)

Eclipse Moon Heart said...

saya nak bertanya tp rasa mcm kelakar pulak. sy nak pergi ke vietnam esok. boleh ke kalau bawa roti berkrim dr malaysia ke sana? konon2 nak makan kt hotel nnt