2018_allkarya

Bermula Daripada Pena Penghujung Mata, Dia Mula Mencetus Ilham Dan Menyusun Kata. Setiap Lorekan Mengandungi Bicara Yang Terkandung Seribu Satu Rahsia. Hanya Di Sini Dicurahkan Rasa Hati, Pendapat Peribadi Tentang Hakikat Duniawi Dan Di Sana, Alam Yang Kekal Hakiki.


- Weeda Airiza -



Bagaimana Mahu Menulis?

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Entri lepas saya ada cerita bagaimana seseorang penulis boleh mendapat ilham. Kali ni, saya nak cerita pula bagaimana kita mahu mula menulis. Ada orang kata, menulis itu susah. Apatah lagi bila melihat para novelis atau penulis dengan buku tebal 200 sehingga 1000 mukasurat. *rasa nak pengsan, kan?* Apapun, semua orang boleh! Awak juga boleh! Ya, janji kena ada disiplin dan minat.

1. Medium menulis
2. Watak-watak
3. Plot cerita
4. Plot bab
5. Format

Lima point di atas itu adalah ciri-ciri utama penyediaan untuk menulis. Kebanyakan penulis mempunyai cara yang berlainan. Kadang-kadang ada penulis yang tidak perlu membuat plot bab dan dia hanya menulis mengikut apa yang difikirkannya. Ada juga penulis yang melakukan perincian secara mendalam sebelum menulis. Pendek kata, carilah jalan yang bersesuaian dengan diri.

Usah terlalu  mengikut cara penulis-penulis lain kerana hanya kita yang tahu tahap kemampuan kita. Bila hati tenang, jiwa akan gembira. Bila jiwa gembira, nak buat kerja pun rasa suka. Betul tak? *ke saya je yang cakap macam tu? Hihihi~* Alright, next cerita!


Medium Menulis
Cari apa-apa medium untuk memulakan penulisan. Setiap kali muncul idea, conteng di situ. Buku, komputer atau diari pun boleh digunakan. Janji ada tempat untuk kita refer. Nanti taklah keliru. Pengalaman saya sendiri, di awal novel cerita tentang si heroin pakai kereta Wira. Di tengah cerita, pakai kereta Waja pula. Ni semua gara-gara apa? Gara-gara malas conteng idea! :p Jadi, cari medium yang paling anda suka. Hias medium anda tu dengan apa saja yang boleh buatkan anda gembira. Contohnya, conteng dengan pen-pen colourful.

Watak-Watak
Paling penting. Jotdown cerita watak anda tu dalam medium penulisan anda. Tulis je mamat ni umur berapa, adik beradik dia, suka makan apa dan apa-apa saja. Create your own character using your own imagination! Kalau boleh, senaraikan watak penting. Lagi best, tampal terus watak imaginasi anda dalam buku. It's okay, writer memang mempunyai imaginasi tinggi. Don't worry kalau rasa pelik atau tiba-tiba tersengih sorang-sorang! It's natural. xD

Plot Cerita
Sinopsis keseluruhan novel yang ingin dibuat. Permulaan, pertengahan, klimaks dan pengakhiran. Selalunya dalam 1 atau 2 mukasurat. Plot cerita ni juga selalu kita pakai untuk hantar ke production kalau nak buat drama. Untuk simpanan sendiri, tak perlulah tulis formal. Cukup kita saja yang faham :)

Plot Bab
Kebanyakan penulis yang saya kenal, tak ramai yang menulis bab demi bab. Selalunya mereka buat saja dan kemudian baru susun balik. Plot bab ni adalah cara saya untuk menghasilkan novel. Secara ringkas, saya akan tulis bab 1 saya nak cerita apa. Kemudian, bab 2 cerita apa. Selalunya saya buat 10 bab pertama. Lepas tu dah dekat 10 bab, baru saya sambung lagi. Ianya sebagai guideline supaya saya tak tersasar cerita. Cuba tengok sama ada plot bab dapat membantu anda atau tidak kerana kita perlu cuba dulu untuk mendapatkan keserasian :)

Format
Format ni memang ramai yang tanya saya. Boleh juga tanya terus kepada publisher yang kita nak hantar tapi selalunya gunakan Miscrosoft Word, double spacing, jenis font ni biasanya terpulang kepada penulis. Saya guna Maiandra GD, saiz 12. Macam bonda saya, dia kena ada font yang sesuai supaya mood menulis itu sampai. Saya pula dari dulu asyik dengan font yang sama. Saya memang tak boleh tulis pakai Times New Roman. Ahahaha~ Entahlah, tak tahu apa pasal. Idea jarang muncul kalau saya pakai font tu :p

Daripada segi bab pula, setiap bab dalam 5 sehingga 7 mukasurat. Jangan terlalu pendek dan jangan pula terlalu panjang. Baca novel-novel atau buku penulis lain untuk melihat cara menulis yang bersesuaian. Jalan cerita pula harus ada pengajaran untuk masyarakat kerana kita, adalah apa yang kita tulis. Kalau boleh untuk yang beragama Islam, elakkan memberi cerita yang mempunyai aksi panas kerana sebolehnya, kita mahu masyarakat terdidik dengan apa yang kita tulis. Niat tu perlu betul. Kalau bukan di sini kita ditanya, di sana nanti kita perlu menjawabnya :)

Kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun ingin saya bantu, boleh cari saya di Facebook ataupun emel weeda.airiza@gmail.com InsyaAllah saya terbuka hati untuk menolong anda merealisasikan impian bergelar penulis. Kita usaha sama-sama, kita berjaya dunia akhirat sama-sama. InsyaAllah.

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Idea Novel

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Seringkali orang bertanya dengan saya mahupun para penulis lain, bagaimana kami mendapat idea untuk menulis ratusan mukasurat? Adakah dengan membaca novel orang lain? Ataupun menonton drama? Ataupun berimaginasi sendiri? Sejujurnya, idea itu sentiasa berada di sekeliling kita, cuma antara kita sedar ataupun tidak.

Idea atau ilham adalah kurniaan ALLAH SWT kepada kita. Tidak kiralah penulis ataupun tidak tetapi kita adalah hambaNYA yang diberikan peluang untuk hidup berlandaskan petunjuk dan hidayahNYA. Ilham itu datang tanpa disangka. Seperti seorang pelajar yang akan mendapat ilham untuk membuat assignment semasa melakukan rujukan. Begitu juga dengan penulis, cuma dengan gaya berbeza.

Ada sesetengah penulis perlu membaca untuk mencari ilham. Ada sesetengahnya pula lebih suka menonton drama. Ada juga yang duduk diam dan berimaginasi ataupun berjalan-jalan/bercuti untuk melapangkan minda sambil mencari ilham. Semuanya itu bergantung kepada individu. Yang penting, kesungguhan. Contohnya semasa menunggu bas. Perhatikan keadaan sekeliling.

Kita akan melihat pelbagai karenah manusia dan juga pemandangan yang terbentang di hadapan mata. Dari situ, kita sudah boleh create satu scene di dalam novel. Ilham perlu dicari dengan fikiran. Ianya sukar untuk hadir tanpa kita berfikir. Setelah mendapat ilham, jangan lupa catitkan di mana-mana yang perlu sama ada telefon ataupun buku nota.

enough said. selalunya penulis sukar untuk clear mind semasa bercuti. mesti akan fikir ilham, ilham dan ilham~ hiks :p

Menconteng buku nota juga kadang-kadang dapat menimbulkan ilham. Kembangkan ilham atau idea tersebut sedikit demi sedikit. Pada permulaannya memang terasa agak sukar tetapi teruskan. Menonton drama juga adalah disarankan jika mahu mencari idea dengan cepat. Salah satu kegemaran saya sebelum menulis, saya mesti menonton cerita yang boleh buat saya gelak. *running man! hiks~* Bila mood riang, menulis juga pasti akan diiringi dengan senyuman.

Ilham/Idea > Watak > Plot > Klimaks > Ending

Di atas ini adalah sebahagian daripada apa yang saya fikirkan ketika proses menulis berlangsung. Setiap penulis akan mempunyai cara yang berbeza. InsyaALLAH jika diizinkan, saya akan cuba berkongsi cara saya mengembangkan idea sesebuah novel di entri yang lain :)

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memang Dia Orangnya!

Assalamua'laikum dan Selawat kpd Baginda Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah. Secara rasminya, kini saya sudah memiliki sebuah lagi baby baru! Bukan seorang ya. Sebuah! Hahaha~ Seorang itu masih belum tiba dan tidak mungkin tiba selagi saya belum diijabkabulkan dengan 'dia' yang telah ditetapkan ALLAH. Bila? Jangan tanya. Sebab saya sendiri pun belum jumpa :)

awak adalah cinta pertama saya. ingat, saya sayang awak!

Taraaa!! Inilah dia rupa baby baru itu. Hehehe~ Truthfully, saya gembira. Saya bersyukur kerana baby ini dilahirkan tanpa komplikasi yang sukar. Karya kali ini memakan masa yang agak lama kerana saya mempunyai banyak agenda dari tahun lepas. Kali ini juga bergenre komedi romantik dengan bahasa dan gaya yang santai serta mudah difahami, insyaALLAH.

Memang Dia Orangnya! mengisahkan Azeem dan Hani yang pernah bertemu pertama kali di hadapan pintu pak guard universiti. Ada adegan menarik bakal berlaku di situ di mana hati mereka kemudiannya dijentik perasaan sayang. Orang kata, mana ada manusia jatuh cinta sudden macam tu saja, ye ke? Lain bagi Azeem dan Hani. Mereka jatuh cinta pandang pertama you! Terus melafaz janji setia hari tu juga! *haruuuu!*

Hari yang mereka janji untuk bertemu kembali itu tiba tapi sayangnya Azeem mungkir janji dan hilang macam tu saja. Hani mula rasa kesal dan sakit hati sampai satu dekad lamanya! Yelah, cinta pertama. Mesti tak boleh lupa, kan? *orang yang tulis ni pun sama. eh.* Yang penting, cerita ini bukan cerita saya. Hahaha~ Inspirasi? Ilham ini tiba-tiba saja datang masa tahun lepas. Kalau tak salah, masa tu saya tengah conteng-conteng kertas dan buat mapping watak.

Okey, berbalik pada cerita, akhirnya Hani dan Azeem bertemu kembali tetapi ketika ini Azeem menjadi pengurus pembinaan spa mama Hani. Kebetulan, Hani yang perlu mewakili mamanya untuk projek ini. Mereka kenal tetapi mereka berpura-pura. Huh? Kenapa eh? Azeem dengan rasa serba salahnya. Hani pula dengan rasa bengangnya. Azeem nak minta maaf. Hani pula nak hamburkan kemarahan. Tapi kenapa dua-dua diam membisu? Mungkinkah sebab Hani sudah ada orang baru iaitu Nazmi? Ngagagaga~~~

Novel ini akan mula berada di Pesta Buku Antarabangsa bermula 24 April ini di PWTC. Edisi Pesta Buku adalah edisi terhad. Jadi, kenalah datang grab cepat-cepat okey! Penulisnya pun tak dapat pegang lagi tau! *sobs* Kalau nak order, boleh inbox saya di Facebook, okey?

cover novel memang dia orangnya!

Alright, nampak tak di situ ada wajah comel terpampang di belakang cover? Muehehe~ Wajah itu berlainan sedikit daripada penulisnya. *oh, bukan plastic surgery, tetapi make-up terover hahaha :p* Kalau terjumpa saya di PBAKL, tegur-tegurlah ya? Sehingga berjumpa kembali di entri yang akan datang. Saya nak post banyak ni, termasuk peraduan macam mana nak menang novel ini & nak join novelis-novelis untuk sesi Makan Sampai Lebam, Sembang Sampai Pengsan! ^__^

Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS